HIBURAN
Lepas Jual Honda Jazz Milik Isteri, Saharul Ridzwan ‘Angkat’ Toyota Alphard - “Rezeki Anak-Anak”
Tular sebuah perkongsian sebuah syarikat kereta yang berkongsi pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan membeli sebuah kereta baharu mewah jenis Toyota Alphard.
Ganti Jazz Dengan Alphard
Menerusi perkongsian video tersebut, jurujual membuat penyerahan kereta jenis pelbagai guna (MPV) kepada Saharul dan keluarga.
Teruja dengan momen gembira itu, bapa kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan pembelian kereta berkenaan adalah hasil rezeki anak-anak.
“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Saharul Ridzwan mencuri tumpuan apabila menjual kereta jenis Honda Jazz milik isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir.
Saharul juga pernah menjual kereta jenis Mercedes pada tahun lalu selepas lima tahun memilikinya.
Untuk rekod, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan Jual Kereta Pemberian Hadiah Untuk Isteri, Sempat Mohon Maaf – “Ada Rezeki Lain, Insya-Allah”
Must-Watch Video