HIBURAN
Lepas Geram! Prince Syed Berhabis Hampir 1 Juta Beli Barang Kemas Untuk Isteri Sempena Raya - “Nilai Tak Penting, Jasa Isteri Lebih…”
Pempengaruh Prince Syed berjaya mendapat perhatian ramai apabila telah berhabis sebanyak RM980,000 membeli barang kemas buat isterinya.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, barang kemas itu dibeli sempena Hari Raya yang bakal tiba.
"Lepas geram shopping raya, tu harga lepas diskaun semua, pada saya okay sangat nilai RM980,000 tu dengan banyak emas yang dapat dibeli kali ini untuk pakai raya tapi banyak sangat diskaun mereka bagi kat saya.@bangikiiofficial Kamu dimanaaa? 🥹♬ suara asli - Shandy_Pagalla91
"Alhamdulillah, jauh sangat beza harga, tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir satu juta ringgit kat kedai ni sahaja," tulisnya.
Tambah Prince Syed lagi, dia tidak kisah untuk membelanjakan sebanyak itu kerana jasa dan pengorbanan isterinya lebih besar berbanding nilai tersebut.
"Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai tu tak penting, yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang, moga isteriku akan jadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.
"Kita beli apa-apa cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma janganlah berlebih-lebih, ikut kemampuan InsyaAllah," tambahnya.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan di platform TikTok.
Must-Watch Video