,
Laman Utama

Lepas 24 Jam Diumum Meninggal Dunia, Rapper & Influencer Muda: “Saya Masih Hidup”

Maliah Surip
11/08/2023
13:27 MYT
Dunia media sosial terutama buat peminat rapper dan influncer muda, Lil Tay sedang hangat dengan berita mengenai ‘hidup mati’ gadis berusia 14 tahun tersebut.
Hal ini kerana dalam tempoh 24 jam selepas berita mengumumkan Lil Tay meninggal dunia secara tragis bersama abangnya, pempengaruh itu muncul menepis dakwaan kematiannya.
“Dengan berat hati kami menyampaikan berita duka, Claire telah meninggal dunia . Ini sangat mengejutkan dan kami tidak mempunyai perkataan untuk pemergiaannya.
“Kematian abangnya juga menambah kesedihan buat kami,”tulis kenyataan yang diumumkan di Instagram milik Lil Tay pada 10 Ogos 2023.
Selepas bapanya enggan mengesahkan berita tersebut selain pihak berkuasa mengaku tidak mendapat maklumat mengenai Lil Tay, pempengaruh tersebut pun muncul.
Lil Tay menerusi satu kenyataan yang disiarkan TMZ menjelaskan dia dan abangnya masih hidup.
“Saya mahu menjelaskan bahawa saya dan abang berada dalam keadaan selamat dan masih hidup.
“Tapi saya sangat patah hati dan tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaan ini kerana telah menerima terlalu banyak respons yang sedih selepas mendengar berita saya telah meninggal dunia.
“Ini adalah 24 jam yang sangat trauma,” kata Lil Tay dalam kenyataan tersebut.
Dia yang menjadi sensasi internet sejak usia 9 tahun kemudian mendakwa akaun media sosialnya telah digodam sekaligus pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu tentang kematiannya.
“Akaun Instagram saya telah digodam oleh pihak ketiga yang kemudian menyebarkan berita palsu mengenai kematian saya.
“Bukan hanya kematian itu fakta palsu tetapi mereka juga salah terhadap nama betul saya. Nama betul saya adalah Tay Tian bukannya Claire Hope,” dakwa Lil Tay yang berterima kasih kepada Meta kerana berjaya mengembalikan akaun miliknya.
Namun banyak pihak yang meragui berita ‘hidup mati’ Lil Tay. Ada yang berpendapat Lil Tay dan pihak pengurusannya sedang melakukan publisiti murahan dengan menguji sikap peminat dan masyarakat terhadap kewujudannya.
Ada juga yang berasa Lil Tay mungkin akan muncul dengan projek baharu dan berita kematiannya hanya satu eksperimen.
Hal itu kerana Lil Tay yang mengaku sedar Instagramnya digodam mengambil tempoh 24 jam untuk menjelaskan keadaan, sedangkan dia boleh menjernihkan berita kematiannya dengan lebih pantas.
Untuk rekod, gadis tersebut diketahui berdepan banyak masalah termasuk menjadi rebutan hak penjagaan selepas bapa, Christopher Hope dan ibunya, Angela Tian berpisah pada tahun 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.