,
Laman Utama

“Lepas 10 Tahun Baru Berani Minta Izin Bergambar” – Nam Ron Minat Jadi Pelakon Sebab Eman Manan

Mya Amri
14/12/2021
10:06 MYT
Pelakon, Nam Ron mendedahkan bintang lagenda Eman Manan merupakan idolanya sejak di bangku sekolah.
Nam Ron berkongsi kisah itu menerusi beberapa keeping foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Foto-foto kenangan itu merakamkan detik-detik manis ketika mereka menjalani penggambaran bersama-sama.
Menerusi entri di Instagram, pelakon filem Pusaka itu memuat naik beberapa keping gambar kenangan bersama idolanya ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran.
Menurut Nam Ron, dia juga telah menonton hampir kesemua naskhah yang dibintangi Eman.
“Sejak di bangku sekolah lagi saya dah minat dengan Eman Manan. Hampir semua filem dan drama lakonan dia saya tonton.
“Saya akui minat saya nak jadi pelakon pun datang dari menonton pesonanya di skrin. Saya dapat tahu dia bermula di pentas teater sebab tu saya pun ikut laluan yang sama, bermula di pentas teater,” tulisnya.
Dalam coretan yang sama, Nam Ron juga turut mengimbau memori ketika bergandingan dengan aktor hebat itu menerusi beberapa projek.
“Daripada seorang peminat kini sedar tak sedar dah tiga projek telefilem saya dapat berkongsi skrin dengan dia. Satu tele biasa dan dua supertele.
“Kali pertama saya dapat bergandingan dengannya adalah dalam supertele Parit Jawa 2011 (gambar 1). Tak dapat tidur semalaman bila esoknya nak buat adegan bersamanya.
“Kali kedua telefilem Rantai 2016 (gambar 2). Saya dah selesa sikit bergandingan dengannya.
“Kali ketiga supertele Tarantula X 2021 (gambar 3). Penggambaran April lalu dan akan ditayangkan 16 disember ni. Kali ini baru saya betul betul selesa beraksi bersamanya.
“Selepas 10 tahun baru saya ada keberanian nak minta izin untuk bergambar dengan dia. Begitulah level hormat saya untuk pelakon berbakat sepertinya,” kongsinya.
BACA: Tarantula X Bongkar Kisah Perempuan Penggoda, Skandel, Khianat Dan Misteri Pembunuhan
Saksikan Tarantula X, bermula 16 Disember ini, di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sinopsis:
Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.
Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).
Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).
Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.
Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.
Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.
Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.
Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.
Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.