,
Terkini

Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

Umirah Halim
22/05/2024
03:55 MYT
Kontroversi mengenai kawan baik didakwa telah ‘sailang’ bekas kekasih anak kepada selebriti Azhar Sulaiman, Leona pernah kecoh di laman sosial sebelum ini.

Tak pernah minta maaf

Terbaharu, menerusi wawancara Motif Trending yang dihoskan oleh pempengaruh, Daniel Cheang, Leona atau Kasih Iris Leona membuat pendedahan bahawa bekas rakan baik nya itu masih tidak membuat permohonan maaf kepadanya.
"Saya dan bekas kekasih saya tidak berkawan tapi hubungan kami okay, cuma untuk pihak yang lagi satu itu, dia tidak pernah minta maaf kepada saya dan saya juga tidak mahu dia di dalam hidup saya.
"Ketika situasi ini berlaku dia tak cuba nak mesej saya pun walhal semua ada nombor telefon saya, boleh sahaja hubungi saya tapi dia tak buat pun.
"Saya rasa agak annoying sebab dia boleh pergi ke orang lain untuk bercakap pasal ini tetapi tidak cuba nak hubungi saya, saya tak pernah sekat (block) dia pun,” kata Leona.

Leona terkilan

Dalam pada itu, gadis berusia 22 tahun itu juga berasa agak terkilan kerana bekas rakan baik nya itu masih mengelakkan diri daripada berjumpa dengannya, walaupun pernah cuba untuk berbaik.
"Tapi saya hanya post tentang isu itu selepas setahun perkara itu berlaku sebab saya sangat sedih.
"Saya cuba maafkan dia pada awalnya, tapi dia sangat unapolagetic. Mungkin itu bukan niat dia tetapi itu apa yang saya rasa.

"Saya cuba nak berbaik dan saya pun dah okay pada awalnya cuma dia yang mengelak dari saya, dia tak nak kerja, tak nak shoot kalau saya dekat sana.Saya cuba text dia, call dia tapi dia tak nak jawab,” tambahnya lagi.

Leona bagaimanapun tidak mahu mendedahkan siapakah gerangan rakan baik yang dimaksudkan itu.
"Ketika itu 7 pagi, setahun selepas kejadian saya ada nampak TikTok trend dan saya rasa video yang saya buat itu harmless, dan saya tidak petik nama sesiapa pun.
"Bila saya bangun, saya tengok video tersebut dah viral dan cecah berjuta tontonan. Tapi sampai sekarang saya tak pernah mendedahkan siapa yang saya maksudkan siapa kawan baik di dalam video tersebut.
"Dan saya masih tak mahu dedahkan siapakah yang dimaksudkan. Kalau awak terasa, awak lah tu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila netizen memetik nama ‘best friend’ yang dimaksudkan Leona di dalam video tersebut adalah pempengaruh Cupcake Aisyah.

Berita Trending: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama Cupcake Aisyah?

Berita Trending: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Viral

Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

gempak
21/08/2024
13:25 MYT
Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, mendedahkan hasratnya untuk bergelar suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.
Hiburan

Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

gempak
12/08/2024
02:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi terhadap seseorang lelaki telah menyukarnya untuk mencari pasanganh hidup.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."

gempak
06/08/2024
08:27 MYT
Dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi berasal dari Indonesia, Gabriel Prince, personaliti media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil menjelaskan status perhubungannya.