,
Laman Utama

Lenyek Jari Anak Guna Lesung Batu, Lakonan Sherie Merlis Dalam I-Tanggang Dipuji

Izwan Isa
26/10/2021
06:50 MYT
Nampaknya, ramai yang tak senang duduk selepas menonton episod terbaharu drama bersiri I-Tanggang semalam.
Masakan tidak, selain rahsia Khay yang memiliki telefon bimbit secara senyap telah diketahui ibunya, kegilaan Erma sampai ke kemuncak apabila dia sanggup mencederakan anaknya sendiri.
Hal ini dapat dilihat menerusi babak yang memaparkan Erma, lakonan Sherie Merlis menghempap jari-jemari Khay dengan batu lesung kerana dianggap mengkhianati dirinya sebagai ibu dan penjaga.
Sebagai hukuman, Khay dihumban oleh Erma ke dalam stor dan dikurung seharian.
Menerusi tinjauan laman Twitter, ramai yang menyelar tindakan ibu Khay yang dianggap luar biasa gila kerana tergamak menyakiti anak sendiri dengan cara yang sangat tidak berperikemanusiaan.
“Dashyatlah mak Khay… psycho gila.. By the way, love all the actors and actresses dalam cerita ni… ni la cerita kita nak dalam industri… tunjuk hari-hari pun saya tak akan miss tengok,” ujar seorang pengguna Twitter.
Selain itu, masih ada yang memuji lakonan Sherie Merlis yang dianggap terbaik dan mampu menjiwai watak seorang ibu gila dengan sempurna.
“Lakonan Sherie Merlis memang A++++ Susah kot bawak watak dia tu.. kejap marah kejap lembut...seram,” kongsi seorang lagi netizen.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir wargamaya yang mencadangkan supaya I-Tanggang ditayangkan lebih daripada sejam atau tidak hanya tertakluk pada hari Isnin sahaja.
Hal ini kerana, mereka ingin mengetahui apa yang bakal berlaku pada episod akan datang dan tidak mahu menunggu dalam tempoh yang terlalu lama.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.