,
Laman Utama

Lengkap Dua Dos Vaksin, Petugas Kesihatan Ketar Tangan Cucuk Lengan Norman Hakim?

Asraf Aided
01/09/2021
13:11 MYT
Pelakon terkenal, Norman Hakim berkongsi video mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19 semalam.
Norman yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertugas pada Hari Kebangsaan.
"Terima kasih Allah, terima kasih kepada semua frontliners yang bertugas di PWTC.
"Segak bersampin dan cantik berkebaya masing-masing sempena Hari Kemerdekaan hari ini (semalam).
"Semua bersemangat dan sangat profesional, efisien dalam melaksanakan tugas masing-masing," coretnya di Instagram.
Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah komen daripada petugas kesihatan yang melakukan suntikan vaksin kepada Norman.
Menurut wanita menggunakan nama @feenazsalleh1043 itu, tangannya agak menggeletar ketika menyuntik lengan Norman.
"Saya yang cucuk tadi, ketar tangan," tulisnya di ruangan komen.
Sementara itu, warganet lain turut mengusik Norman bertanya sama ada jarum suntikan yang digunakan patah disebabkan lengannya yang berotot.
Setakat artikel ini ditulis, video itu mendapat lebih 30,000 tanda suka serta kira-kira 256 komen.
Apapun, sebagai rakyat Malaysia, mari sama-sama jalankan tanggungjawab mendapatkan vaksinasi lengkap dan mematuhi semua SOP ketika keluar rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

gempak
16/09/2024
02:58 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi momen dia sekeluarga membuat kejutan hari lahir buat anak perempuannya Maria Danisha Hakim pada malam, Ahad.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.
Hiburan

[VIDEO] Dakwaan Hamil Anak Sulung, Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut

gempak
14/08/2024
09:32 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania enggan diwawancara berhubung dakwaan sedang berbadan dua.
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.