BERITA
Lemas Dalam Kolam Renang: Ahmad Firdaus Iqbal Pergi Jua
Kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang bertarung nyawa di Hospital Melaka selepas lemas di kolam renang sebuah kondominium pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, selepas mengesahkan tular poster yang dimuat naik Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3 Johor mengenai pemergian anaknya itu, Ahmad Firdaus Iqbal, tujuh tahun.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian.
"Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video