HIBURAN
Ina Naim Syukur Selepas Berkahwin Buat Kali Kedua - “Allah Bagi Yang Terbaik Juga Untuk Saya”
Penyanyi, Ina Naim meluahkan rasa syukur atas takdir yang telah Allah tentukan buat dirinya, termasuk dikurniakan seorang suami yang baik dan sentiasa membantunya dalam menguruskan keluarga.
Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim, 41, segala yang berlaku dalam hidupnya adalah ketentuan Ilahi.
“Takdir daripada Allah dan Allah bagi yang terbaik juga untuk saya. Dapat suami yang baik untuk saya.
“Mungkin Allah sudah tulis takdir hidup saya bersama dengan dia,” katanya kepada Gempak.
Ina Naim berkata demikian ketika ditemui di sidang media Talk To My Manager yang berlangsung di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Duhai Hati juga berkongsi pengalaman suaminya meninggal dunia ketika anaknya baru sahaja memasuki usia remaja.
“Anak anak saya ditinggalkan oleh arwah suami saya sewaktu mereka sedang nak meningkat remaja,” kongsinya.
Tambahnya lagi, anak-anaxnya kini berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu dari ayah tiri mereka.
“Sekarang masa untuk saya terdedah dengan dunia luar pula, belajar juga daripada Daddy dia seorang Engineering.
“Dia juga seorang tenaga pengajar dan dia juga banyak mengajar anak-anak seterusnya. Alhamdulillah, banyak membantu.
“Boleh drive semua. Semua dialah urus. Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik dah,” katanya.
Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya iaitu Mohd Khairul Rizal.
BERITA BERKAITAN: Kongsi Video Dengar Lagu Inteam, Netizen Rasa Pilu Tengok Ina Naim - “Akak Mesti Rindu Arwah Suhaimi Saad…”
BERITA BERKAITAN: Ina Naim Menangis, Mimpi Suhaimi Saad 3 Hari Berturut - “Tak Boleh Tipu, Saya Sebenarnya…”
BERITA BERKAITAN: Netizen Terkejut Ina Naim Beri Jawapan ‘Kasar’ Selepas Disoal Pekerjaan Suami – “Wow Dah Lain Sangat Ya”
Must-Watch Video