,
Laman Utama

“Lemah Jantung Ikan Tu” - Aksi Siti Nordiana Tangkap Ikan, Menjerit Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
13/08/2020
11:58 MYT
Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana mencuri perhatian wargamaya dengan gelagat memancingnya sewaktu bercuti di sebuah pulau.
Menerusi laman sosial Instagram, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.
“Lepas ni jangan ajak orang perempuan pegi memancing tau. Terperanjat ikan-ikan tu dengar suara kitaorang,” tulis Nana di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian video berdurasi 30 saat itu, Nana meraikan kejayaannya menangkap ikan sehingga semua mereka yang berada di dalam bot tersebut berteriak gembira.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang terhibur dengan gelagat Nana.
“Ikan tu mati terkejut rasanya,” komen penyanyi Fakhrul UNIC.
“Hahaha meriah! Habislah ikan yang lain kelam-kabut selamatkan diri,” usik seorang wargamaya.
“Ikan-ikan tu pun terkejut nampak artis yang pancing diorang,” kata seorang wargamaya.
“Lemah jantung la ikan-ikan tu dengar jeritan korang,” ujar seorang wargamaya.
“Mak oiii, dapat ikan bilis macam nak karam dibuatnya hahaha,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan oleh warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Hiburan

Hafiz Suip Tak Pernah ‘Hilang’, Hanya Ambil Masa Untuk Berehat Seketika - “Mungkin Waktu Itu Semua Orang Tengok Saya Macam Meroyan…”

gempak
06/08/2024
00:55 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!