Lelaki Warga Taiwan Maut Terjatuh Di Landasan LRT | Gempak
BERITA

Lelaki Warga Taiwan Maut Terjatuh Di Landasan LRT

Gempak
Gempak
03/06/2025
14:00 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Warga Taiwan Maut Terjatuh Di Landasan LRT
Seorang lelaki warga Taiwan maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong petang ini.

Lingkungan umur 60 tahun

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya anggota di lokasi, terdapat seorang lelaki lingkungan umur 60 tahun berada di bawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan melibatkan tujuh anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video