gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dyrga Dadali Jual Jam Tangan Mewah Harga RM260,000 Pada Harga RM443 Demi… - “Saya Rasa Nak Meninggal Juga Masa Itu…”
HIBURAN
“Anas Ni Terlalu Baik Untuk Saya, Adalah Tu Jodoh Lain Yang Lebih Sesuai…” - Cik Epal
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Rizal Rasid Bakal Jadi Oppa, Bawa Lagu OST Lovely Runner - “Saya Akan Pastikan Sebutan Betul, Rujuk Guru Bahasa Hangul”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
TERKINI

Lelaki Tampar Isteri Di Pusat Beli Belah Diburu Pol

gempak
Gempak
27/01/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Tampar Isteri Di Pusat Beli Belah Diburu Pol
Polis sedang mengesan seorang lelaki menampar isterinya di sebuah pusat beli-belah di sekitar Kota Warisan, baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN:Harith Iskander, Keluarga Terima Ugutan Bunuh, Punca Persembahan Di DFP Dibatalkan!

BERITA BERKAITAN:Suspek Usia 31 Tahun Ugut Bunuh Harith Iskander Ditahan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video yang tular memaparkan tindakan lelaki berkenaan.
"Pengadu merupakan adik kepada wanita itu mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.

"Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Norhizam berkata, polis sedang dalam proses merakam keterangan saksi berkenaan kejadian itu dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533," katanya.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang bungkusan plastik.
Setibanya di pintu keluar premis terbabit, wanita itu tiba-tiba berhenti sejurus melihat kehadiran suspek yang bertopi dan berjalan ke arahnya, sambil memegang tangan seorang kanak-kanak
Secara tiba-tiba, lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai sambil mengatakan sesuatu ke arah mangsa, kemudian wanita itu dilihat keluar dari premis terbabit.
Sumber:Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Isteri
#Tampar
#Polis
#Lelaki
#Diburu
#Awam
#depan
Must-Watch Video