BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Rizal Rasid Bakal Jadi Oppa, Bawa Lagu OST Lovely Runner - “Saya Akan Pastikan Sebutan Betul, Rujuk Guru Bahasa Hangul”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rashid akui sedang mempelajari bahasa Korea untuk memantapkan lagi sebutan hangul sebelum menyampaikan lagu popular, Sudden Shower oleh Eclipse.
Belajar bahasa Korea
Belajar bahasa Korea

Menurut Rizal, lagu runut bunyi bagi drama Lovely Runner itu merupakan lagu kegemaran yang sering dinyanyikannya.
“Lagu itu sangat popular dan masih lagi trending, tapi bila dapat lagu tu saya gembira. Sebenarnya lagu ini adalah salah satu lagu kegemaran saya.
“Setiap kali saya nak buka lagu, mesti lagu itu yang pertama akan keluar dalam playlist saya, jadi nak kata risau untuk menyanyi Sudden Shower itu, saya rasa insya-Allah okay.
“Cuma kita kan nak menyanyi lagu bahasa lain jadi saya akan pastikan sebutan saya betul dan saya akan rujuk pada guru bahasa hangul saya.
“Saya tak adalah belajar bahasa Korea dengan mendalam tapi sebelum ini ada beberapa lagu single saya yang saya terjemah dalam bahasa itu dan rakamkan kembali.
“Saya ada penterjemah saya, dia bukan cikgu secara rasmi tetapi dia tahu berbahasa Korea dan dia tolong saya untuk terjemahkan lagu.
“Tapi bila sudah masuk Big Stage, saya ada dapat cikgu rasmi yang betul betul boleh berbahasa Korea, jadi saya nak cakap terima kasih sebab tolong kami,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: “Sepatutnya Saya Masuk Masa Season Nadeera” - Rizal Rashid
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara
ARTIKEL BERKAITAN:“Tidak Tercabar” - Rizal Rasid Anggap Aziz Harun Idola Dalam Industri Muzik Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"
Berikan yang terbaik

Mengulas mengenai minggu separuh akhir, Rizal berkata dia akan memberikan persembahan yang sehabis baik.
“Saya akan cuba yang terbaik untuk menyampaikan lagu itu sebab saya tahu, sudah tentu orang akan meletakkan ekspektasi yang kerana ini merupakan lagu kegemaran ramai.
“Saya juga bersyukur dapat lagu ni, macam mana korang suka lagu ni, saya pun sama. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik,” ujarnya.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Must-Watch Video