,
Laman Utama

Lelaki Tak Pulang-Pulang Lepas COD iPhone Di Pulau Pinang - “VC Tunang Minta Tolong, Tapi…”

Izwan Isa
07/10/2023
03:50 MYT
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Daniel Haikal didakwa tidak pulang ke rumah selepas melakukan urusan jual beli telefon bimbit jenis iPhone di Pulau Pinang.
Menerusi perkongsian ibu saudaranya, Eyraswan Ramadhan di Instagram, Daniel hilang tanpa sebarang khabar berita sejak 3 Oktober lalu.
“Dia VC (panggilan video) tunang dia di Facebook minta tolong selamatkan dia, sambil menangis dan berlari-lari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Tapi panggilan video termati sebab telefon habis bateri. Dia tak sempat beritahu lokasinya.
“Mohon jasa baik semua untuk sebarkan kehilangan anak buah saya,” tulis Eyra.
Dalam pada itu, ibu kepada Daniel berharap anaknya segera kembali ke pangkuan keluarga.
“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.
“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik.” katanya.
Sumber: Instagram
BACA: ‘Kantoi’ Lekatkan 68 Buah iPhone Untuk Seludup Masuk Ke China​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

gempak
07/06/2024
21:44 MYT
Satu rakaman  video tular memaparkan ‘operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar  iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai, lapor portal berita The Indian Express.
Viral

Janji iPhone 15 Untuk 30 Pembeli Terawal Perfume, Individu Dakwa Ditipu Influencer - “Mana iPhonenya?!”

gempak
04/03/2024
12:55 MYT
Hmm influencer mana ni?
Laman Utama

Patutlah ‘Hilang’ Rupanya Lelaki COD iPhone Sembunyi Daripada Pemungut Hutang!

gempak
09/10/2023
08:30 MYT
Alamak apa cerita ni.