gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sopan Santun Panggil ‘Encik Nabil, Encik Hun’ Dalam Rancangan Meletop, Anak Aliff Syukri Dipuji Netizen - “Jarang Kita Dengar…”
HIBURAN
Kehidupan Anak Zainal Abidin Berbeza Daripada Apa Yang Disangka - “Saya, Ibu & Abang Dipaksa…”
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Lelaki Nekad Buka Pintu Pesawat Selepas Bertengkar Dengan Kekasih

Gempak
Gempak
12/01/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Nekad Buka Pintu Pesawat Selepas Bertengkar Dengan Kekasih
Gara-gara bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas dan dihalang penumpang yang lain.
Kejadian itu melibatkan warga Puerto Rico, Angel Luis Torres Morales dihadapkan di Mahkamah Perbandaran Boston, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu atas tuduhan mengganggu operasi pesawat kendalian JetBlue.Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan bakal tampil untuk prosiding seterusnya pada 4 Mac depan.
Jurucakap Polis Negeri Massachusetts, Tim McGuirk berkata, Morales melakukan perbuatan itu pada jam 7.30 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan pada Selasa lalu.
"Tindakannya telah mengaktifkan gelongsor kecemasan pada pesawat penerbangan 161 dari Boston ke San Juan tersebut selain menyebabkan penumpang lain panik.
"Ada yang menjerit ketakutan dan meminta dia berhenti berbuat demikian," ujarnya.
Siasatan awal berdasarkan keterangan penumpang yang duduk di belakang Morales mendapati, dia bergaduh dengan kekasihnya melalui panggilan telefon.
"Dia kemudiannya bangun dan berlari menuju ke pintu keluar lalu membukanya," jelasnya lagi.
Sementara itu, JetBlue dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat pengganti telah digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kekasih
#Bergaduh
#Kapal Terbang
#Buka Pintu Kapal Terbang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement