,
Laman Utama

Lelaki Mohon Maaf Label Ebit Lew ‘Sengaja Buat Content’ Ketika Beri Hadiah Motor Buat Bekas Isteri

Izwan Isa
16/11/2022
01:50 MYT
Hujung minggu lalu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal buat seorang wanita yang didakwa merupakan seorang pekerja penghantar makanan dengan berjalan kaki.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Ebit, pendakwah berkenaan menulis yang wanita berkenaan, yang merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang anak telah berpisah dengan suaminya.
Begitupun, lelaki yang mendakwa masih bergelar suami kepada wanita itu mendakwa mereka masih lagi pasangan yang sah.
“Ya Allah ustaz salah tu bukan dah lama terpisah, kami masih baik, masih contact sebab sama-sama uruskan anak sekarang. Duduk pun dekat-dekat cuma status kami mash dalam proses. Insya-Allah esok (semalam) mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya. Doakan kami tiga beranak,” katanya.
Menerusi balasan kepada seorang netizen, lelaki itu memberitahu yang isterinya kini telah bekerja sebagai barista di sebuah kafe dan Ustaz Ebit Lew sengaja meminta isterinya untuk menukar pakaian kembali sebagai penghantar makanan untuk membuat content.
“Untuk pengetahuan, isteri saya sekarang bekerja sebagai barista di kafe, semalam rezeki dia berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Ebit Lew tanya kerja apa yang isteri saya buat sebelum jadi barista.
“Isteri saya cakap jadi walker Foodpanda. Lepas tu Ustaz Ebit Lew minta isteri saya balik ke rumah untuk tukar baju Foodpanda dan minta anak dari saya untuk dia orang buat content untuk video diorang.
“Saya dan isteri baik je, mash selalu jumpa dan uruskan anak sama-samai. Cuma ada salah faham sikit dengan caption ustaz. Apa pun doakan yang terbaik untuk kami ya,” tulisnya.
Begitupun, lelaki berkenaan sekali lagi memuat naik status dan kali ini berupa permohonan maaf kepada pendakwah berkenaan.
“Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan ‘Ustaz Ebit Lew hanya membuat content sahaja’ adalah tidak benar dan tidak sengaja sama sekali.
“Wallahhu, saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya. Dan berkenaan dengan status saya dan Amy, kami bukan lagi suami isteri setelah dapat keputusan daripada mahkamah sebentar tadi, 15 November 2022,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.