,
Laman Utama

Lelaki Melebihi Wanita, Populasi Penduduk Malaysia Mencecah 33 Juta

Maliah Surip
10/02/2021
23:20 MYT
Perangkaan Demografi merekodkan pada suku keempat 2020, penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama pada yajun 2019.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas mengenai laporan perangkaan itu berkata jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.
Dalam kenyataan seperti dipetik dari BERNAMA, beliau berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.
Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.
Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran.
Mohd Uzir berkata penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh yang sama.
“Trend ini adalah selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk” katanya.
Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian.
Kredit Foto: Permohonan.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Hiburan

Tyra Kamaruzzaman Bakal Timang Anak Perempuan - “It’s A Girl..”

gempak
17/09/2024
07:25 MYT
Pempengaruh Tyra Kamaruzaman mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.