VIRAL
Lelaki Jatuh Dari Tingkat Empat Lepas Tarian Tradisional Malaysia Di Vietnam
Tular di aplikasi X sebuah video memaparkan detik cemas apabila seorang pengunjung lelaki dilaporkan terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat membeli-belah di Hanoi, Vietnam sejurus selepas persembahan tarian tradisional Malaysia berakhir.
Menerusi video tersebut, insiden berlaku sebaik sahaja kumpulan penari dari Malaysia menamatkan persembahan mereka yang disaksikan ratusan pengunjung.
Rakaman itu juga menunjukkan mangsa sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berhampiran pentas utama dan dipercayai mengalami kecederaan serius akibat jatuh dari tempat tinggi.
Selepas kejadian itu berlaku, beberapa orang yang berada dikawasan itu bergegas untuk memberikan bantuan sementara menunggu pihak kecemasan tiba.
Menurut wakil Aeon Mall Vietnam kepada akhbar Tuoi Tre, mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, namun keadaan terkininya masih belum diketahui.Suasana meriah sebuah persembahan tarian kebudayaan Malaysia dalam pusat beli-belah di Hanoi, Vietnam pada Ahad bertukar cemas apabila seorang lelaki secara tiba-tiba terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan. pic.twitter.com/ZcLcGouV4p— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 4, 2025
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tidak dapat mengulas lebih lanjut buat masa ini.
"Buat masa sekarang, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah,” katanya.
Terdahulu, beberapa kejadian serupa pernah dilaporkan berlaku di Van Hanh Mall, Bandar Ho Chi Minh, melibatkan individu yang terjun dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan.
Rentetan insiden berulang itu, pengurusan Van Hanh Mall mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk pemasangan jaring keselamatan di kawasan atrium bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Must-Watch Video