,
Laman Utama

“Lelaki Itu Beritahu Ibu Bapa Tak Dapat Ambil…”- Murid Darjah 2 Hampir Diculik Selepas..

Syafiqah Jalal
27/09/2022
12:44 MYT
Kes penculikan murid sekolah amat membimbangkan kini. Terbaharu seorang murid lelaki Tahun 2 berdepan detik cemas apabila mendakwa dia nyaris diculik di hadapan sekolahnya di Selising pada Ahad.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 8 tahun telah didatangi oleh sebuah kereta yang dinaiki oleh empat lelaki dewasa semasa sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah.
Bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Ahmad Ismail,57, berkata, semasa kejadian anak kelima daripada enam beradik itu sedang menunggu ibunya di luar sekolah selepas kelas fardu ain.
"Tiba-tiba datang sebuah kereta dan lelaki di dalamnya memanggil anak saya. Mereka memberitahu hendak menjemput dia balik ke rumah.
"Lelaki berkenaan memberitahu yang saya dan isteri tidak dapat datang mengambilnya disebabkan kami ke klinik," katanya kepada pemberita ketika ditemui Kelantan pada Isnin.
Ahmad memberitahu, disebabkan rasa takut dan tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit anaknya terus berlari masuk ke dalam kawasan sekolah dan menuju ke pondok pengawal untuk menyelamatkan diri.
Katanya, kejadian tersebut diketahui oleh dia dan isterinya pada sebelah malam selepas diceritakan kembali.
Dia yang bimbang tentang kejadian terbabit telah membuat satu hantaran di Facebook peribadinya untuk berkongsi perasaan dan pada masa yang sama mengingatkan ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati.
"Alhamdulillah anak tidak mengalami trauma kerana sebelum ini saya dan isteri sentiasa mengingatkan dia supaya berhati-hati dan tidak melayan orang yang tidak dikenali," katanya.
Ahmad telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada Isnin sekitar jam 12 tengah hari untuk langkah keselamatan berhubung perkara itu dan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan.
Sebelum itu, hantaran Facebook Ahmad telah tular di media sosial dan WhatsApp berhubung kejadian dakwaan anaknya nyaris diculik.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Viral

Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

gempak
12/09/2024
10:45 MYT
Menurut Daryl, kejadian itu berjaya dirakam melalui kameta litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut.
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.