Berita

Lelaki Bakar Al-Quran 'Dihukum' Depan Khalayak Ramai

gempak
Gempak
15/02/2025
14:27 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Bakar Al-Quran 'Dihukum' Depan Khalayak Ramai

Gara-gara bertindak biadab membakar al-Quran, seorang lelaki berdepan padah apabila dia 'dihukum' di khalayak umum kerana melakukan perbuatan yang menghina Islam.

Rakaman video kejadian itu yang berlaku pada Khamis berhampiran Konsulat Turkiye di Knightsbridge di tengah London, Britain turut menjadi tular.

Beberapa laporan bagaimanapun cuba memberi naratif negatif terhadap lelaki yang berang kerana al-Quran dibakar si pelaku.

Media Barat mendakwa lelaki itu turut bersenjatakan pisau ketika menyerang pelaku yang terbaring di jalan dan turut disepak seorang penghantar barang yang melalui kawasan tersebut.

Dia yang tidak dapat mengawal kemarahan bagaimanapun berusaha memadamkan api pada kitab suci orang Islam tersebut.

Pihak berkuasa telah menahan individu itu dan mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan manakala pelaku yang menghina Islam itu dihantar ke hospital kerana kecederaan pada jarinya dan bukannya luka tikaman.

Laporan media tempatan di platform X menyebut pelaku merupakan warga Turkiye yang mengadakan protes kononnya sebagai membantah pembunuhan Salwan Momika yang juga membakar al-Quran di Sweden.

Pada awal bulan lalu, ahli politik haluan kanan Denmark, Rasmus Paludan turut melakukan provokasi melampau sama sebagai tanda bantahan serupa.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024