,
Hiburan

Lega Dah Habis SPM, Zaki Yamani Mahu Sambung Belajar - “Berangannya Nak Ambil Bahagian Komposer…”

Asyikin Mayudin
21/03/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Zaki Yamani meluahkan rasa syukur apabila dia sudah berjaya tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal Mac lalu.

BERITA TRENDING: Zaki Yamani Target Dapat 7A Dalam SPM - "Sibuk Kerja Pun, Pelajaran Diutamakan!"

Selain berasa lega, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini juga mengakui dia akan merindui momen persekolahan bersama rakan-rakan dan gurunya.
“Perasaan memang lega bila sudah habis SPM. Cuma sedihnya dah habis sekolah akan teringat kawan-kawan selepas ini.
“Masa hari terakhir sekolah itu pun saya dan kawan-kawan macam budak-budak lain, main conteng-conteng baju. Bergambar beramai-ramai dan jumpa guru.
“Sementara nak tunggu keputusan SPM keluar saya akan buat kerja-kerja industri saya seperti biasa. Saya juga akan pergi casting untuk berlakon,” katanya.
Pada masa yang sama, Zaki juga memaklumkan dia mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik.
“Perancangan seterusnya nak sambung belajar dalam bidang muzik juga. Sebab saya memang minat ke arah itu. Berangannya nak ambil bahagian komposer atau cipta lagu.
“Bidang muzik ini banyak dan luas, tengok keadaan bagaimana nanti. Apa-apa pun tunggu keputusan SPM keluar dulu. Insya-Allah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Hiburan

Jamal Abdillah Bakal Saman Syarikat Pelaburan Selepas Rugi RM2 Juta

gempak
02/08/2024
15:55 MYT
Menurut Jamal, dia telah pun melantik peguam bagi mewakili dirinya untuk menuntut haknya kembali daripada syarikat berkenaan.
Hiburan

Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”

gempak
26/04/2024
00:55 MYT
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Hiburan

Wany Hasrita Hormat Keputusan Jamal Abdillah - “Perasaan Sedih Ke Apa, Kita Letak Tepi”

gempak
21/02/2024
07:55 MYT
All the best Wany!
Hiburan

Musnah Harapan Peminat Nak Tengok Jamal Abdillah Beraksi di AJL38 - “Betul, Saya Tarik Diri Sebab…”

gempak
19/02/2024
02:55 MYT
Jamal ada sebab tarik diri.