,
Sukan

Lee Zii Jia Kini Nombor Empat Dunia

Gempak
27/08/2024
13:25 MYT
Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, memanjat dua mata tangga untuk berada di kedudukan keempat berbanding keenam dunia sebelum ini.
Perkembangan positif tersebut dikongsi menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.
Biarpun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun pemain berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris awal bulan ini.
Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark. Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.
Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.

BERITA TRENDING: Sze Fei-Izzuddin Juara Terbuka Jepun, Tamatkan Kemarau 22 Tahun

BERITA TRENDING: BAM Setuju Lepaskan Sze Fei-Nur Izzuddin

BERITA TRENDING: Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang

BERITA TRENDING: "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

Sumber: Stadium Astro menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar