,
Hiburan

Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

Gempak
25/08/2024
13:55 MYT
Pelakon lelaki Korea terkenal, Lee Minho menyatakan bahawa dia ingin mempunyai keluarganya sendiri pada masa hadapan.
Menurut pelakon itu, dia perlu mencari sesuatu yang berbeza daripada apa yang sedang dilakukannya sekarang, yang mungkin merujuk kepada peralihan dalam kehidupannya yang akan datang.
“Apabila saya memandang ke hadapan untuk 15 tahun yang akan datang, saya sedang berusaha untuk mencari sesuatu yang berlawanan.

“Ini mungkin berkaitan dengan perkahwinan atau mempunyai anak”, katanya dalam sidang media drama terbaharunya, “Panchiko 2”.

Dirikan Rumah Tangga

Lee Minho turut akui bahawa dia perlu memikirkan hal ini dengan lebih serius kerana dia merasakan masa untuk dia mendirikan rumah tangga sudah tiba.
“Bukannya saya ingin berkahwin sekarang, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya merenung dan mempertimbangkan tentang perkahwinan dengan serius”, jelasnya.
Selain itu, pelakon drama "The Heirs" turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan kariernya dalam dunia lakonan. Baginya, apa yang telah dicapainya sekarang adalah hasil usaha selama 18 tahun dalam industri lakonan di Korea.
“Saya sudah berada di industri lakonan ini selama 18 tahun sejak saya debut, dan saya sangat bersyukur atas segala-galanya yang telah menjadikan karier saya stabil sehingga kini, dan saya rasa saya wujud sekarang kerana perkara-perkara tersebut”, kongsinya.

BERITA TRENDING: Didakwa Pukul Pejalan Kaki Sehingga Patah Gigi, San E Mohon Maaf

BERITA TRENDING: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

BERITA TRENDING: Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

BERITA TRENDING: Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

Sumber: KimchiDaily menerusi Herald POP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar