,
Hiburan

"Lebih Ramai Yang Memerlukan Kemudahan Hospital Berbanding Saya" - Elyana Hentikan Rawatan Kimoterapi

Amri Hassan
12/05/2020
03:30 MYT
Selepas lapan tahun bergelut dengan penyakit kanser limfoma, penyanyi Elyana memutuskan untuk berhenti menjalani rawatan kimoterapi.
Pilihannya itu bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan di hospital.
"Sekarang, negara kita sedang dilanda Covid-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di hospital berbanding saya.
"Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi penyakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah," katanya kepada Harian Metro.
Kali terakhir Elyana menjalani rawatan adalah pada awal tahun lalu.
"Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan kanser sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. "Penularan itu menyebabkan saya hampir lumpuh.
"Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar," katanya.
Kongsi Elyana, tahap kesihatannya yang baik itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya.
"Saya fikir apa yang membuatkan saya bertahan adalah pengambilan makanan semula jadi.
"Saya kurangkan pengambilan ubat, sebaliknya, amalkan pemakanan sihat," ujarnya.
Elyana sebelum ini mendedahkan dia menderita kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir dari rancangan realiti Gegar Vaganza 2017.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

gempak
31/08/2024
11:50 MYT
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Berita

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser - IARC

gempak
10/07/2024
13:55 MYT
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengklasifikasikan talkum yang wujud secara semula jadi sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia (Kumpulan 2A).
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.