,
Laman Utama

Lebih 1,000 Peserta Datang Ujibakat INNOVATHON! Bukti Rakyat Malaysia Kaya Idea Inovatif

Amri Hassan
02/06/2023
08:38 MYT
Proses ujibakat rancangan realiti pencarian idea inovasi Malaysia, INNOVATHON mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.
BACA: INNOVATHON Program Realiti TV Cungkil Idea Inovatif! Tawar Modal Asas RM1 Juta
Buktinya, kesemua lokasi ujibakat dibanjiri oleh lebih 1,000 peserta yang mendaftar untuk melalui sesi pitching idea bersama juri.
Lokasi terakhir di Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kehadiran peserta ujibakat paling ramai iaitu 484 diikuti Pulau Pinang (204), Johor (160), Pahang (111), Sabah (52) dan Sarawak (22).
Daripada jumlah keseluruhan, seramai 803 penyertaan diterima daripada pendaftaran dalam talian dan 230 yang hadir secara walk in.
Seramai 70 peserta telah disenarai pendek daripada 305 peserta yang layak ke peringkat ketiga selepas saringan.
Daripada kebanyakan peserta ujibakat yang hadir, majoritinya berusia sekitar 25 hingga 44 tahun.
Antara kategori idea yang paling banyak dicadangkan dalam sesi pembentangan ialah aplikasi, industri, pertanian, pendidikan dan perubatan.
70 peserta yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya akan mempamerkan prototaip idea masing-masing dalam setiap rancangan yang akan mula bersiaran pada tidak lama lagi selama 10 minggu.
INNOVATHON menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000 dan bantuan permulaan daripada kerajaan bernilai RM1 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
kilauan-emas

Kembali Selepas 7 Tahun Menyepi, Ini Cara Untuk Sertai Kilauan Emas Musim Terbaharu!

gempak
04/07/2024
07:10 MYT
Setelah tujuh tahun menyepi, Program Realiti Nyanyian 'Otai Kembali Berbisa' Kilauan Emas kini kembali!
terkini

INNOVATHON 2: Terima Sambutan Hangat, Ujibakat On The Ground Fasa 2 Dilanjutkan! Jom Semak Lokasi Ujibakat

gempak
25/06/2024
14:55 MYT
Disebabkan sambutan hangat dan permintaan ramai, ujibakat program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON musim kedua bakal dilanjutkan ke fasa kedua.
ujibakat

Ujibakat Youth with You Malaysia!

gempak
21/06/2024
07:09 MYT
Dah bersedia untuk menyertai Ujibakat Youth With You? Jom sertai sekarang!