gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Pernah Takut Habis Duit” – Cakra Khan Upah Maid, Belanja RM6,000 Sebulan Jaga 30 Kucing ‘Kampung’
HIBURAN
Miera Liyana Sambut 5 Tahun Perkahwinan Dengan Suami, Terima Kad Romantis ‘How Rosland Stole My Heart’
VIRAL
"Dia Halau, Siap Rakam Video Abah, Tak Ada Adab" - PU Azhar Hilmi Terkilan Wanita Usir Bapa Sedang Beriktikaf Dari Surau
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

LeAnn Rimes Cemas, Gigi Tercabut Semasa Menyanyi: “Saya Rasa Seperti Ada…”

Maliah Surip
Maliah Surip
28/06/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
LeAnn Rimes Cemas, Gigi Tercabut Semasa Menyanyi: “Saya Rasa Seperti Ada…”
Penyanyi LeAnn Rimes mengalami detik cemas selepas giginya tercabut sewaktu dia sedang menyanyi di sebuah konsert. Menerusi Instagram Video, Rimes mendedahkan keadaan genting itu berlaku pada pertengahan persembahan.
“Saya sedang membuat persembahan. Sedang mendendangkan lagu One Way Ticket. Tiba-tiba saya rasa seperti ada yang tercabut daripada mulut saya,” katanya seperti dilaporkan The Cut.
Dia kemudian memanjangkan: “Jika anda mengenali saya, saya memang banyak kali pembedahan gigi. Jadi saya mempunyai gigi palsu yang disambung dengan gigi kekal pada bahagian depan. Dan ia (gigi palsu) itu terkeluar sewaktu saya menyanyi.”
Rimes mengaku cemas sewaktu kejadian berlaku namun tetap perlu meneruskan persembahan. Jadi penyanyi itu memberitahu dia berlari ke tepi pentas dan memasukkan kembali gigi palsu dan menyambung persembahankan.
“Namun gigi tercabut lagi sewaktu saya sedang menyanyikan lagu Can’t Fight the Moonlight. Jadi hampir separuh persembahan, saya asyik memasukkan semula gigi saya,” katanya.
Pada tahun 2013, Rimes pernah berkongsi mengenai pengalamannya melakukan pembedahan gigi yang telah meninggalkan trauma buatnya.
Dia mendakwa mengalami sakit keterlaluan dan menyaman doktor gigi yang merawatnya.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Konsert
#Gigi
#Palsu
#LeeAnn Rimes
#Tercabut
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement