gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!
HIBURAN
Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Bapa Buat Sharnaaz Ahmad Penuh Makna - “Terima Kasih Kerana Tak Pernah Hilang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Layan Pick Up Line Sharnaaz Ahmad Masa Live, Sophia Albarakbah; “Kami Tak Kenal Pun, Tapi saya Anggap Itu…”

gempak
Shahrin Zulkifle
28/07/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
Layan Pick Up Line Sharnaaz Ahmad Masa Live, Sophia Albarakbah; “Kami Tak Kenal Pun, Tapi saya Anggap Itu…”
"Sofi Jikan menyengat, Sophia menyengat jantung saya", itu antara pick up line yang diterima pelakon Sophia Albarakbah daripada Sharnaaz Ahmad.
Menurut Sophia Albarakbah,29, dia mengganggap pick up line yang diberikan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad sewaktu sesi Live Instagram baru-baru ini sekadar gurauan semata-mata.
Tambahnya, dia dan aktor tersebut tidak pernah sekalipun bersua muka namun maklum mereka dibawah pengurusan yang sama.
“Saya ada juga perasan Sharnaaz bagi pickupline waktu Live itu tapi yang sebenarnya saya tidak kenal rapat pun Sharnaaz, cuma yang saya tahu kami dibawah pengurusan yang sama.
“Kami langsung tidak pernah berjumpa atau berborak di antara kami, senang cerita saya tak kenal dia.
“Saya anggap itu hanyalah gurauan semata-mata, sebab waktu itu pun sedang live kan, hanya untuk seronok-seronok sahaja,” jawab Sophia ringkas.
Sophia ditemui ketika majlis Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Jerangkung Dalam Almari, semalam.
Dalam perkembangan lainnya, Sophia kini sedang mempromosikan drama Cinta Hilang Kata yang sedang ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105).
Sinopsis Cinta Hilang Kata
Cinta Hilang Kata mengisahkan kehidupan Nurul Masmin yang dikenali ramai ketika di Universiti sebagai seorang pengarang yang berbakat besar.
Dia sering disokong oleh teman lelakinya, Rain Akhtar. Namun, kehidupannya menjadi tunggang-langgang apabila dia mengahwini Amirul.
Perkahwinan Nurul Masmin sering dicabar apabila Sabrinah iaitu pesaingnya di universiti dan dunia penulisan yang terus menggoda Amirul demi mahu merosakkan rumah tangganya.
Nurul Masmin sering dijampi ibu mertuanya sendiri kerana mahukan hartanya. Kehidupan Nurul Masmin yang dahulunya indah kini persis mimpi ngeri.
Cinta Hilang Kata ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 18 Julai lalu secara eksklusif di slot Tiara.
Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM 59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
BACA: Pernah Bercinta Dengan Pensyarah Sendiri? Lima Sebab Korang Tak Patut Lepaskan Layan Drama Cinta Hilang Kata!
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Pick up line
#Jerangkung Dalam Almari
#Cinta Hilang Kata
#Shah Jaszle
#Sharnaaz Ahmad Sophia Al-Barakbah
#Sophia Al-Barakbah
Must-Watch Video