,
Laman Utama

Layan Filem Thriller Ceroboh & Kill Fist Di Netflix Sempena Merdeka Ini!

Amri Hassan
31/08/2022
03:34 MYT
Dua pengarah kelahiran Malaysia Feisal Azizuddin dan James Lee muncul dengan dua naskhah hebat berjudul Ceroboh dan Kill Fist sempena bulan Kemerdekaan ini.
Kedua-dua filem masing-masing bergenre thriller dan thriller aksi itu boleh ditonton di Netflix.

Kill Fist idea filem 1980-an

Berkongsi kisah mengenai Kill Fist, kata pengarahnya, James Lee, idea untuk menghasilkan filem itu diilhamkan daripada filem-filem sekitar tahun 1980-an.
"Ia adalah sebuah idea untuk membuat filem aksi seni mempertahankan diri yang tidak masuk akal, seperti filem pada tahun 80-an dengan tajuk seperti ‘Kill And Kill Again’.
"Saya memberikan tumpuan kepada watak dalam keluarga dan saya mendapat inspirasi untuk menulis dan mencipta cerita yang ‘menghalalkan’ aksi tersebut dan bukannya sekadar membawa aksi hanya untuk tindakan. Bila kedua-duanya wujud,cerita itu akan memainkan peranan penting dalam filem itu," kata James Lee.
Menurutnya lagi, halangan terbesar dalam filem ini ialah adegan pergaduhan dan aksi berjumlah kira-kira sepuluh babak, dengan Sunny sendiri melakonkan lapan daripadanya.
"Kami berlatih dan bertemu setiap hari Sabtu untuk membuat koreografi dengan pasukannya. Ia benar-benar usaha indie," tambah James.
Kill Fist dilakonkan oleh Sunny Pang, Alan Yun, Koe Yeet, Mike Chuah dan Pearlly Chua.

Sinopsis filem Kill Fist

Kill Fist berkisarkan tentang Zhang seorang wakil penjual insurans yang berada di ambang perceraian dan kehilangan hak penjagaan anak perempuannya selain itu dia perlu menjaga bapanya yang menghidap Alzheimer. Untuk memenuhi keperluan kewangannya, dia telah direkrut ke dalam permainan pertarungan bawah tanah.
Zhang mahir dalam permainan tersebut dan ini mengembalikan nalurinya ketika dia masih muda. Tanpa diketahui Zhang, ia adalah persediaan oleh salah seorang anak perempuan mangsa Zhang, Jean. Jean menyaksikan bapanya dipukul dengan kejam oleh Zhang dan samsengnya 15 tahun lalu. Jean mencipta sebuah permainan untuk meletakkan semua penjahat bersama-sama dan meminta mereka untuk melawan satu sama lain sebagai bentuk hukuman yang muktamad.

Sinopsis filem Ceroboh

Sementara itu, filem Ceroboh arahan Feisal Azizuddin berkisarkan suasana dalam pasca apokalips di mana dunia telah dilanda makhluk asing (alien) bergelar Penunggu Langit yang mampu mengawal otak manusia. Enam sahabat berteduh di sebuah bangunan terbiar dan cuba meneruskan kehidupan.
Namun salah seorang mereka terdedah kepada puak aliens dan perasaan curiga di rumah itu membawa kepada ancaman yang tersendiri. Sungguh mendebarkan dan khalayak akan terus teruja untuk melihat kesudahan yang terjadi dalam filem ini dari satu adegan ke adegan yang lain.
Filem yang dinukilkan oleh Chong Keng Fatt ini menampilkan Mia Sara Shauki, Kent Tan, Grace Ng, Nia Atasha, Syazani Fikry, Sasidaran dan Charles Roberts sebagai pelakon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.