,
Laman Utama

Lawa Sungguh Siri realme 10 Pro 5G Ni, Secantik The Sara Sister! Kamera Terbaik, Caj Laju... Semak Apa Lagi Yang Best

Amri Hassan
09/03/2023
08:30 MYT
Sama cantik sama padan! Itulah The Sara Sister dan telefon pintar penuh bergaya dengan siri realme 10 Pro 5G Series yang baru saja dilancarkan di Malaysia!
Dengan teknologi Flagship Display baharu chamberlain lebih USD 1500juta, telefon pintar siri realme 10 Pro 5G seharusnya menjadi pilihan pengguna ketika ini termasuk pempengaruh popular Imran Bard!
Jadi, tak salah lagi pilihan The Sara Sister dan Imran Bard dengan telefon pintar yang punyai rekaan berinspirasikan terowong hyperspace, yang menghasilkan serakan cahaya cantik ketika memegangnya.
Tapi pastinya kedua-dua peranti baharu iaitu realme 10 Pro+ 5G dan realme 10 Pro 5G memperkenalkan teknologi pertama di dunia ketika jenama itu terus membawa teknologi inovatif yang lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Siri realme 10 Pro 5G hangat di pasaran sekarang dengan harga bermula RM1,299.00. Tapi apa kata semak ciri-ciri unik realme 10 Pro 5G series.
1. Rekaan realme 10 Pro 5G Series Falsafah reka bentuk menyumbang kepada penghasilan realme 10 Pro 5G Series yang menawarkan Reka Bentuk Hyperspace unik, diilhamkan menerusi konsep terowong hyperspace.
Kualiti yang diperoleh menjadikan peranti ini ultra ringan menerusi tiga dimensi yang dinamik.
2. Bateri ringan tapi kapasiti 5,000mAh
Siri realme 10 Pro 5G merealisasikan reka bentuk ultra-ringan dengan berat hanya 173g dan 7.78mm ultra-langsing malah ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang besar bagi memastikan tiada kebimbangan dalam setiap urusan.
3. Pengecasan pantas
Saiz bateri yang sangat nipis namun punyai kelebihan untuk pengecasan pantas.
Jadi korang bolehlah layan Instagram, Facebook, TikTok dan main game dengan optimum tanpa perlu risau lagi bateri cepat habis!
4. Pemalapan cahaya pertama di Malaysia
realme terus membawakan teknologi yang lebih maju kepada penggunanya.
Paparan melengkung peranti ini juga berupaya menghasilkan pemalapan cahaya 2,160Hz PWM pertama di Malaysia.
Ia menawarkan peningkatan 4.5 kali ganda daripada PWM 480Hz konvensional terutama dari segi kecekapan pemalapan, dan 1.7 kali lebih tinggi daripada Standard Pencahayaan Antarabangsa IEEE sebanyak 1,250 Hz, untuk perlindungan mata.
Hasilnya, Paparan Melengkung 120Hz menawarkan perlindungan mata yang berterusan sambil mengekalkan warna yang tepat pada paparan dalam persekitaran gelap.
5. Kamera ProLight 108MP dan Cipset Dimensity 920 5G
Telefon pintar dengan kamera ciri istimewa shutterbugs sentiasa menjadi pilihan pengguna dan oleh itu realme berusaha memastikan produk terbaharunya tidak ketinggalan memiliki ciri istimewa tersebut.
Ia membolehkan pengguna merakam kenangan istimewa dengan indah, realme 10 Pro 5G Series didatangkan dengan kamera ProLight beresolusi 108MP dengan Seni Bina Pengimejan HyperShot, yang merangkumi komponen utama fotografi AI terkini, selain QuickShot, Image Fusion dan Super Nightscape.
6. Storage besar
Realme 10 Pro+ 5G dikuasakan dengan Cipset Dimensity 920 5G dan ia menawarkan sehingga 12GB + 12GB RAM dinamik, yang terbesar dalam segmen harganya, bukan itu sahaja ruang storan tanpa tekanan juga mampu menampung kapasiti sehingga 256GB.
Bagi realme 10 Pro 5G, kuasa besar dimiliki 8GB RAM + 8GB DRE adalah terbesar dalam segmennya, dengan sehingga 16GB RAM Dinamik untuk penukaran aplikasi berbilang lancar tanpa gangguan menerusi teknologi Advanced Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan penukaran ROM kepada RAM maya untuk tugasan pelbagai yang lebih lancar.
Bagi memastikan kuasa peranti ini sentiasa di tahap maksimum maka ia dipasangkan dengan Cipset Snapdragon 695 5G sekali gus membolehkan pengguna merasai prestasi dan kelancaran sepanjang hari mereka dengan realme 10 Pro 5G.
Sedang mendapat permintaan hangat di pasaran, realme 10 Pro 5G Series akan tersedia secara rasmi untuk dijual di kedua-dua Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee http://bit.ly/3PIpssg dan Lazada http://bit.ly/3jalAUG , serta Kedai Jenama Rasmi dan Penjual Sah mereka.
Kredit: Jestinna Kuan, Imran Bard, The Sara Sisters
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.