,
Laman Utama

Laris Betul! Buku Kompilasi Foto Jung Kook Habis Terjual Dalam Seminit

Awani
20/08/2022
14:52 MYT
Buku kompilasi foto anggota kumpulan BTS, Jung Kook bertajuk "Me, Myself & Jung Kook — Time Difference" yang dibuka untuk prapesanan di internet habis terjual dalam masa seminit.
Buku yang memaparkan Jung Kook mengenakan pakaian ala pontianak itu ternyata mendapat sambutan luar biasa apabila kehabisan stok dalam tempoh 30 saat ketika dijual di laman web Weverse USA dan seminit di Weverse Global pada Khamis.
Difahamkan, meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.
Bagaimanapun setelah tiga kali stok buku ditambah, ia terus mendapat sambutan hangat dan kehabisan bekalan dalam tempoh beberapa minit.
Menurut laporan agensi antarabangsa, buku foto itu merupakan antara lapan projek kumpulan BTS mengeluarkan buku foto setiap ahli kumpulan terbabit.
Jung Kook, anggota termuda dalam BTS, menjayakan kesemua projek berkenaan selain terlibat dalam perancangan pemilihan kostum dan props.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.