,
Berita

Lari Daripada Imej Penyanyi Nasyid, Fitri Haris Mahu Cuba Genre Berbeza

Elrafaei Sapi
31/08/2018
09:19 MYT
Lebih dikenali sebagai penyanyi nasyid, Fitri Haris bagaimanapun kembali dengan single terbaru berjudul Wahai Kekasihku yang menampilkan genre yang berbeza daripada imejnya sebelum ini.
Jelasnya, selepas menyertai program Gema Gegar Vaganza (GGV) dia berhasrat membuat sesuatu di mana setiap lagu baru yang dihasilkan mempunyai kesinambungan dalam cerita dengan lagu lain.
"Dalam satu lagu boleh cerita macam-macam dan saya nak bercerita dengan menyeluruh.
"Bukan keseluruhan peribadi saya, tapi satu lagu seperti Wahai Kekasihku, saya mendoakan anak saya yang berada jauh," katanya kepada Astro Gempak.
Akuinya, isu kemasyarakatan seperti hubungan suami dengan isteri yang mempunyai anak dan kemudian berpisah ini malu untuk diceritakan pada orang lain.
"Saya mewakili orang lain untuk menyampaikan mesej dalam lagu terbaru ini.
"Pada asalnya ada 2 lagu iaitu 1 lagu 'slow' membawa genre nasyid tapi saya pilih lagu ini sebab ia 'catchy' dan senang dapat tangkap apabila mendengarnya.
"Saya membesar dengan lagu Slam dan Exist, jadi bila orang dengar lagu kali ini, mereka rasakan ia bukan lagu Fitri UNIC atau Fitri nasyid tapi peminat boleh terima," katanya.
Jelasnya, dia menyertai GGV seperti masuk sekolah tapi percaya setiap lagu yang dinyanyikan mempunyai manfaat.
"Pelbagai genre, ada lagu pelik, orang dengar ini bukan lagu saya. Pelik sebab saya sudah 16 tahun menyanyi lagu nasyid.
"Begitu juga, saya ada dua kumpulan peminat iaitu dari UNIC dan peminat baru tetapi 60 peratus terdiri daripada peminat lama," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”

gempak
29/07/2024
08:55 MYT
Gara-gara memuat naik gambar bersama pasangan suami isteri pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, penyanyi nasyid Dr Fitri Haris dikecam netizen yang ada antaranya berhenti mengikuti Instagramnya.
Laman Utama

[VIDEO] Ujian Tahun Baharu Buat Fitri Haris, Butik Di Wisma Jakel Shah Alam Turut Musnah Disambar Api - “Memang Tergamam & Tak Terkata”

gempak
01/01/2023
05:55 MYT
Semoga Fitri tabah...
Laman Utama

Fitri Haris Disenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia Oleh Ensiklopedia BritishPedia, Semak Balik Kehebatan Penyanyi Nasyid UNIC Ini!

gempak
27/08/2022
07:53 MYT
Tahniah Dr. Fitri Haris!
Laman Utama

Pilih Bilal Habibi, Ramai Puji Nama Anak Fitri Haris Indah! Ini Rupanya Maksud…

gempak
07/07/2021
00:49 MYT
Memang cantik pilihan nama anak Fitri Haris ni.
Laman Utama

Gambar Isteri Bersalin Diperguna Group Antivaksin, Fitri Haris Buat Laporan Polis

gempak
02/07/2021
10:20 MYT
Fitri Haris Buat Laporan Polis