,
Laman Utama

"Lantai, Lampu Bergoyang!" - Atta Halilintar Kongsi Detik Cemas Dari Tingkat 66 Ketika Gempa Bumi

Maliah Surip
22/11/2022
00:00 MYT
Cianjur, Jawa Barat, Jakarta dilanda gempa bumi dengan kekuatan magnitude 5,6 sehingga mengorbankan lebih 40 nyawa, semalam.
Tidak sedikit yang berkongsi pengalaman tentang gempa yang melanda negara jiran tersebut. Ini termasuklah YouTuber sensasi, Atta Halilintar.
Suami kepada Aurel Hermansyah itu menerusi akaun Instagramnya menceritakan pengalaman berasa gegaran gempa bumi yang cukup kuat.
Apa lagi pada waktu kejadian, dia bersama isteri dan anak mereka sedang berada di tingkat 66 sebuah hotel.
“Kencang sangat, kencang sangat, Astaghfirullahaladzim,” jerit Atta dalam video yang dikongsikan kepada pengikutnya.
Menurut Atta, mereka dapat merasa lantai bilik yang mereka inap bergoyang.
"Dari tingkat 66.. lantai dan lampu goyangg..," tulis Atta seperti dilaporkan Kompas.
Pasangan selebriti tersebut bagaimanapun tidak dapat turun dari tingkat 66 saat kejadian gempa melanda.
“Turun tangga jauh..pakai lift ngeri.. ada yang rasakan?? STAY SAFE," tulisnya.
Namun dalam Insta Story miliknya selepas itu, Atta memaklumkan mereka telah selamat turun sekaligus meninggalkan hotel tersebut.
“Alhamdulillah kita sudah sampai bawah, jadi kita pulang. Isteri saya tidak jadi mandi, kami terus lari guys,” beritahu Atta.
Atta juga sempat meninggalkan pesanan dan doa buat semua yang terlibat dengan gempa bumi tersebut secara langsung atau tidak langsung.
“Stay safe doa untuk Cianjur,” tulisnya.
Terdahulu gempa bumi telah berlaku sekitar pukul 1.20 tengahari di Cianjur sehingga boleh dirasai di beberapa wilayah Jakarya yang lainnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.