,
Hiburan

Lancar Lagu Romansa, Ewal Masih Bersama Kumpulan Kristal - "Ini Projek Untuk Karier Solo Saya"

Amri Hassan
01/06/2024
14:17 MYT
Penyanyi lelaki versatil, Ewal Ismail menghadiahkan Romansa sebagai single terbaharunya buat peminat-peminatnya.
Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Bin Ismail, 32, lagu ini berkisahkan mengenai percintaan antara dua insan.
Meski ia melambangkan sebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan balada lagu, namun menurut Ewal liriknya yang cukup mendalam membuatkannya dia bersetuju untuk membawakan Romansa.
“Saya tak nafikan lagu ini pada pandangan orang lain mungkin ia sekadar lagu cinta seperti kebanyakan yang mereka dengar. Tetapi pada pandangan saya lagu ini mempunyai keunikannya tersendiri.
“Romansa menceritakan mengenai pengorbanan seseorang kepada individu yang dicintainya. Cinta yang telah dibina itu enggan dipersiakan dan kalau boleh ingin kekal abadi seperti mana digambarkan menerusi bait lirik, menuju puncak di awan biru.
"Jadi Romansa mempunyai maksud yang mendalam dan saya kagum dengan penulis lirik lagu ini yang menyusun seni kata cukup indah” ujar Ewal.

Ciptaan pengkarya Singapura

Romansa merupakan ciptaan Fatin Sazwani dan liriknya ditulis oleh Faizal Sapuan. Kedua-dua pengkarya seni ini merupakan anak kelahiran Singapura.
Tambah Ewal, dia terpaksa menunggu hampir dua tahun untuk melancarkan Romansa berikutan terikat dengan pelbagai komitmen sebelum ini.

“Saya masih lagi bersama kumpulan Kristal sebagai vokalis utama. Jadi untuk Romansa, ini adalah projek untuk karier solo dan dalam masa yang sama Kristal adalah karier berkumpulan saya.

“Untuk Romansa, saya mula rakamkan lagu ini sekitar dua tahun lepas dan ia mengambil masa yang agak lama kerana sebelum ini saya terikat dengan pelbagai komitmen. Jadi saya terpaksa selesaikan terdahulu komitmen tersebut sebelum fokus dengan projek yang sudah lama dirancang termasuk single ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
“Harapan saya supaya pendengar-pendengar dapat menilai dan menerima Romansa dengan baik tanpa mengira umur dan bangsa. Saya percaya muzik itu adalah bahasa rohani kerana melodi dapat membuatkan setiap individu meluahkan apa yang tersirat.” katanya

BERITA TRENDING: "Walau Jambu Tapi Darah Rockers Tu Ada" - Ewal Jadi Penyanyi Gantian Kristal

Romansa yang diterbitkan oleh Jaybon dan Faizal Sapuan boleh diperdengarkan melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music bermula 31 Mei 2024. Manakala video muzik Romansa juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube My Amin Record.

PILIHAN PEMBACA: Ewal Terharu Kanak-Kanak Autisme Belajar Membaca Dengan Lagunya

*** Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.