,
Hiburan

Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

Mya Amri
08/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.

Tak perlu nak buka aib bekas suami

Menurut Lana, tidak perlu untuk membuka aib tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga kerana perkara itu dikuatiri boleh memalukan keluarga terutama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya apabila sudah dewasa kelak.

“Jika anda matang lebih baik tutup mulut dari buka aib bapa pada anak sendiri. Esok budak tu dah besar tengok malu saja,” tulisnya.

Persoal tindakan buka aib

Dalam komen yang sama, Lana juga turut mempersoalkan tindakan Fazura yang mahu berpisah secara baik namun sebaliknya pula yang berlaku.

“Kata nak berpisah cara baik kenapa nak terangkan lah, nak buka aib lah, esok orang buka aib awak baru awak tahu.

“Jadilah matang dan move on. Biar Allah sahaja tahu kalau awak sedih, tapi bila awak buat keputusan untuk beritahu satu dunia mungkin awak bukanlah mangsa keadaan, jadi bijaklah,” tulisnya. Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi Isnin.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah-Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet ‘Bertahan Demi Cinta’, Difahamkan Sudah Rakam Ketika Masih Suami Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Perjelas Isu Terima Hadiah Kereta Mewah Daripada Fazura - “Itu Syarikat Punya, Gaji Saya Ditolak Untuk Bayar…”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

Bagaimanapun pada hari yang sama, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah merupakan antara salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.
Malah, Fazura juga turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.
Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Unitar