,
Hiburan

Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Clamp, Netizen Kata Salah Tetap Salah - "Bagus Penguatkuasa Tak Pilih Bulu, Tetap Saman Walau Artis"

Amri Hassan
07/02/2024
05:15 MYT
Pelakon Lana Nodin hilang sabar apabila kenderaan miliknya dikunci tayar oleh penguatkuasa yang bertugas baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Lana memaklumkan akan situasi kecemasannya yang membawa bersama sejumlah wang tunai untuk dimasukkan ke bank berhampiran.
Bagaimanapun, kenderaanya telah dikunci tayar biarpun telah diterangkan situasi sebenar.
"Tengah hari tadi aku pergi bank untuk masukkan duit tunai yang banyak dan aku seorang, kawasan ni memang sangat-sangat susah untuk parking.
"Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit tunai banyak seorang diri.
"Bila aku keluar bank masa tu tak saman lagi dan aku terangkan semuanya kenapa aku parking dekat situ. Dengan muka sombong berlagak dia kata kalau dikutkan dalam masa 1 minit kena clamp!" luahnya.
Lana dalam masa sama turut mempertikaikan tindakan penguatkuasa yang tidak menyaman kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama.
"Kalau aku parking memang menyebabkan keseksakan jalan sampai kereta tak boleh keluar ke atau block jalan ke aku faham. Yang aku tak faham tak sampai 5 minit aku parking kau beria jalankan tugas yang kononnya buat kerja!"
"Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang parking sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.
"Apa beza aku yang parking dekat situ tak sampai 5 minit kau clamp? Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam lagi lama dari aku, yang parking tak sampai 5 mins kau clamp".
Susulan itu, Lana menyifatkan tindakan berkenaan adalah sangat biadab dan mendakwa anggota penguatkuasa tersebut pilih kasih.
Namun, warganet tetap menyifatkan kesalahan terbabit masih dianggap melanggar undang-undang.
"Bagus penguatkuasa tak pilih bulu, saman tetap saman walaupun artis.
"Ya Allah, walau tak kacau orang, tetap langgar undang-undang. It's a gamble, kalau tak kena Alhamdulillah, kalau kena bukan rezekilah.
"Saya pernah kena clamp tempat sama, saya bayar saja. Dah salah saya.
"Saya banker. Maaf yea sis Lana, just bagi pendapat. Ramai customer yang bank-in duit sale hari-hari, depa mesti ada assistance yng ikot.. Assistance akan drop tokey depan bank. Tokey siap urusan di bank, assistance dtg pickup tokey semula. Jadi terjamin keselamatan," saran beberapa warganet.

PILIHAN PEMBACA: Lana Nodin Habis RM166,000 Bedah Hidung

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.