,
Hiburan

Laman e-Dagang Jual Filem Cetak Rompak, KPDNHEP Boleh Arahkan Kandungan Diturunkan

Fiza Kamarudin
03/08/2020
14:49 MYT
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengarahkan platform e-dagang untuk menurunkan kandungan yang mempunyai kaitan dengan pelanggaran hak cipta atau cetak rompak.
Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pihaknya akan bertindak sedemikian apabila menerima aduan berkaitan perkara seumpamanya.
Pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan menurunkan kandungan tersebut.
"KPDNHEP mengambil maklum mengenai dakwaan terdapatnya aktiviti penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang seperti yang dilaporkan.
"Pada kebiasaannya, selepas menerima aduan pelanggaran hak cipta, pihak kementerian akan memaklumkan kepada SKMM untuk tindakan menurunkan content (kandungan) oleh pihak telco.
"Dalam kes ini, kita boleh meminta platform e-dagang menurunkan iklan tersebut," katanya.
Walau bagaimanapun beliau memaklumkan, hasil pemeriksaan pihak KPDNHEP mendapati masih belum menerima apa-apa aduan berhubung perkara ini.
Sebelum ini, laman e-dagang Shopee dikesan menjual kandungan cetak rompak berupa filem-filem terbitan syarikat-syarikat tempatan.
Antara filem yang dikesan dijual di laman tersebut ialah Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie.
[[BACA: FINAS Kecewa Platform E-Dagang Jual Filem Cetak Rompak, 'Keluarga Iskandar' Antara Mangsanya]]
Sementara itu pihak Shopee telah menurunkan pautan yang menjual dua filem tersebut selepas dihubungi Astro Awani.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang membuat siasatan lanjut berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.
Sementara itu, pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk-produk cetak rompak.
[[BACA: MCMC Akan Sekat Platform E-Dagang Jual Produk Cetak Rompak]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

gempak
29/03/2024
21:45 MYT
Azhan Rani luah rasa kecewa.
Berita

Astro Catat Keuntungan RM44 Juta Pada Suku Keempat 2024!

gempak
23/03/2024
09:21 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Laman Utama

"Pemilik Restoran Digesa Guna Perkhidmatan Televisyen Komersial Sah" - Presma

gempak
24/11/2022
07:14 MYT
mana-mana premis yang menunjukkan karya hak cipta sukan dan kandungan hiburan tanpa persetujuan Liga Perdana dan penyiar rasmi adalah melanggar hak cipta di bawah Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.
Laman Utama

Premis Siar Rancangan Sukan & Hiburan Tanpa Lesen, Mahkamah KL Beri Amaran

gempak
24/11/2022
05:04 MYT
Keputusan Mahkamah Tinggi merupakan amaran kepada pemilik premis komersial
Laman Utama

Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Penjualan Peranti Penstriman Yang Mengandungi Karya Hak Cipta

gempak
22/10/2022
11:50 MYT
Sama-sama kita banteras cetak rompak