gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak

Amri Hassan
Amri Hassan
25/06/2025
18:06 MYT
Sponsor Banner
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
Festival muzik ikonik Asia Tenggara, LaLaLa Fest 2025, kembali dengan penganjuran yang lebih gah dan luar biasa.
Kali ini, Jakarta menjadi destinasi utama acara yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut, bermula 22 hingga 24 Ogos 2025 di Jakarta International Expo (JIExpo).
Dengan tema baharu “urban forest”, festival ini menjanjikan pengalaman muzik yang imersif dan menakjubkan dalam suasana hutan buatan, menjadikan LaLaLa Fest lebih daripada sekadar konsert, tetapi satu perayaan seni dan budaya kontemporari.
Tahun ini, barisan artis antarabangsa yang bakal menggegarkan pentas benar-benar luar biasa. Antara yang paling dinanti termasuklah kumpulan pop dari Los Angeles, LANY; penyanyi sensasi global Camila Cabello; dan kumpulan legenda pop-rap dunia, Black Eyed Peas.
Turut memeriahkan senarai ialah Alina Baraz, Do As Infinity, Mayer Hawthorne, Keshi, dan kumpulan gadis dari Korea Selatan yang sedang mencetus fenomena, Hearts2Hearts.
Lebih istimewa, festival ini turut menjadi lokasi persembahan perpisahan terakhir kumpulan rock dari Denmark, MEW, menjadikan detik ini sebagai kenangan manis buat peminat tegar mereka.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan rock Jepun legenda, L’ArcenCiel, juga bakal menggamatkan pentas dengan deretan lagu ikonik mereka seperti Ready Steady Go dan Blurry Eyes.
Tiket untuk LaLaLa Fest 2025 kini sudah memasuki fasa jualan akhir (final presale), dengan harga bermula daripada Rp750,000 untuk Early Entry, Rp990,000 untuk General Admission dan Rp1,650,000 bagi tiket VIP. Tiket-tiket kini laku keras, dan peminat disarankan untuk membelinya segera menerusi laman rasmi di www.lalalafest.com.
Bermula sebagai festival hutan di Cikole Lembang, LaLaLa Fest kini berevolusi menjadi festival bandar yang mengekalkan elemen semula jadi dalam skala yang lebih besar dan moden.
Ia menjadi medan pertemuan pelbagai generasi — dari Gen X hingga Alpha — untuk bersatu menerusi muzik, seni dan pengalaman penuh emosi yang tidak dapat dilupakan.
Untuk perkembangan terkini dan senarai penuh barisan artis yang bakal tampil, ikuti laman Instagram rasmi mereka di @lalala.fest.
LaLaLa Fest 2025 – Where Music Meets the Forest – kini bersedia mencipta satu lagi fenomena!
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Camila Cabello
#LANY
#Ogos
#Black Eyed Peas
#LaLaLa Fest
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement