HIBURAN
Laku Keras! Tiket ‘Janji With Dayang’ Habis Terjual Dalam Masa Singkat
Sambutan luar biasa! Semua kategori tiket persembahan eksklusif Janji With Dayang habis terjual dalam masa yang singkat sejak jualan dibuka kepada umum 12 tengahari ini.
Dua destinasi yang menjadi pilihan, Penang dan Kuala Lumpur, bakal menyaksikan persembahan penuh emosi dan magis daripada penyanyi tersohor negara, Dayang Nurfaizah.
Pihak Usanita Entertainment dan Mask Team amat terharu dan berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada semua peminat.
“Kami amat teruja melihat sambutan luar biasa ini dan kami sedang merancang untuk menambah tiket persembahan untuk kedua-dua lokasi. Nantikan pengumuman lanjut di media sosial”.
Must-Watch Video