HIBURAN
Lakonkan Babak Intim Dengan Maya Karin Dalam Telaga Suriram, Farid Kamil: “Itu Adalah ‘Camera Trick’ Yang Saya Buat Sendiri”
Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil tampil memberikan penjelasan berhubung babak intim yang dilakonkan bersama pelakon hebat Maya Karin dalam filem seram lakonannya, Telaga Suriram.
Menurut Farid, adegan tersebut dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan berhati-hati tanpa sebarang sentuhan fizikal, sebaliknya hanya bergantung kepada teknik permainan kamera.
“Sepanjang bergelar pelakon saya tak pernah melakonkan babak intim. Sebolehnya saya mahu menjaga batas.
“Tapi babak intim memang ada dalam skrip Telaga Suriram tetapi untuk terjemahan hanya saya dan Maya hendak lakukan bagaimana.
“Jadi kami guna permainan angle kamera untuk melakonkan babak ini tanpa perlu bersentuhan,” katanya kepada Gempak.
Farid turut memaklumkan bahawa ada beberapa babak yang akhirnya dipotong dalam proses penyuntingan, namun menegaskan babak-babak tersebut tidaklah keterlaluan atau terlalu berani.
“Ada babak yang dipotong tetapi babak tersebut tidak keterlaluan dan ‘daring’, semuanya dalam pengawasan.
“Bukan nak ikut garis panduan tetapi saya cuba cipta momen permainan angle kamera yang bersesuaian,” ujarnya lagi.
Telaga Suriram, sebuah filem seram arahan Osman Ali, menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda, Ellie Suriaty, Scha Al-Yahya dan ramai lagi itu bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 1 Mei ini.
Must-Watch Video