,
Berita

Lakonan Jampi Atau Seru Dalam Bahasa Malaysia Boleh Pesongkan Akidah Penonton - Ustaz Nabil Ahmad

Elrafaei Sapi
25/05/2018
10:18 MYT
Ustaz Nabil Ahmad menegur produser filem, drama dan artis tempatan agar tidak melakonkan babak yang menggunakan kata-kata seolah mantera atau jampi yang boleh menjurus pada perbuatan syirik.
Beliau yang pernah menjadi ahli panel Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ini berkata, kesilapan sebegini yang berlaku dalam filem dan drama Melayu perlu diberi perhatian agar ia tidak berulang.
"Walaupun pelakon itu menyebut dalam bahasa Malaysia tapi itu adalah mantera atau seruan yang boleh memesongkan akidah. Memang tidak boleh dan berbahaya kerana dalam bahasa Arab lagi jelas menyatakan ia menjemput syaitan ke dalam tubuh badan," katanya kepada Astro Gempak.
Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini juga menambah, lakonan babak sebegini perlu dijaga meskipun ia sekadar hiburan dan skrip biasa
"Kita kena faham kata-kata itu boleh jatuhkan nilai syahadah secara tidak sedar.
"Ada artis yang datang berbicang dan mengaku silap tapi perkara dah lepas biarkan cuma akan datang kena maklum pada produser dan rakan artis lain bahawa skrip ini tak berapa betul berkaitan nilai akidah," katanya.
Akuinya, penonton tidak mempunyai tafsiran sama ada boleh atau tidak terhadap sesuatu babak yang dipertontonkan.
"Kita bimbang jika ia dibawa menjadi satu amalan yang boleh kepada syirik. Paling dibimbangi adalah syirik khafi kerana ia tersembunyi, secara tidak sedar kita telah menolak dan menyangkal ketuhanan Allah," katanya.
Ustaz Nabil memberitahu setiap manusia mempunyai prinsip dan keputusan masing-masing tetapi sebagai sahabat dia cuba memberi nasihat kepada golongan selebriti ini.
"Tugas saya adalah menyampaikan dan bukan memaksa. Cuma, jika mahu nampak lebih baik dalam sesuatu lakonan, kita kena tunjukkan kebaikan itu.
"Saya lihat sahabat di LPF, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan artis boleh ikut dan patuh walaupun sukar kerana ini adalah tanggungjawab mereka," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak & Skop Productions
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal

gempak
15/09/2024
07:07 MYT
Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Viral

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

gempak
04/09/2024
06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.