,
Laman Utama

Lakon Watak Kasar & Lasak Sampai Ada Yang Cop Fify Azmi Tomboy, Ini Jawapan Tuan Punya Badan!

Fiza Kamarudin
15/07/2021
14:17 MYT
Pelakon Fify Azmi mengakui tidak serik untuk melakonkan watak kasar dan lasak sehingga ada yang menyangka dirinya tomboy.
Fifi berkata, dia sebenarnya tidak kerap melakonkan watak yang berimej ala-tomboy seperti yang dikata, hanya menerusi filem Wira dua tahun lalu dan terbaru, drama Ratu Ten Pin.
“Saya tak pernah rasa serik untuk melakonkan watak macam tu lagi sebab jalan ceritanya berbeza dan saya suka kan cabaran.
“Bukan senang kaum hawa nak bawa watak tomboy, watak-watak fighter, watak yang kasar…Yang bukan diri kita. Itu antara cabaran yang besar untuk saya lakukan.
“Tetapi sebagai pelakon saya perlu membuktikan yang saya mampu melakonkan apa sahaja watak dengan baik,” katanya.
Fifi, memegang watak sebagai seorang tomboy bernama Reesz dalam drama Ratu Ten Pin arahan Azman Yahya atau Jinggo.
“Dalam Ratu Ten Pin ni, saya kena jadi tomboy tu memang susah sebab kena buat research, tambah-tambah lagi saya bukan tomboy.
“Saya kena pastikan look, karakter sebagai tomboy tu tepat baru senang nak masuk ke dalam wataik Fify tu.
“Selain daripada itu, cabaran lain ialah apabila saya kena menjadi pemain boling terbaik , sedangkan saya bukanlah hebat sangat dalam sukan boling ini.
Ratu Ten Pin mengangkat tema sukan boling jadi saya kena pastikan yang saya ialah Reesz seorang pemain boling handalan.
“Dan banyak pengalaman yang telah saya kutip menerusi drama ini termasuk ilmu dalam sukan boling.
“Terima kasih kepada Sheila Rusly kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bersama-sama dalam produksi Ratu Ten Pin,” kata pelakon berbakat besar ini.
Ratu Ten Pin ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di sauran Astro Ria (104) pukul 11 malam.
Drama terbitan JS Pictures ini turut menampilkan barisan pelakon mantap seperti Elisya Sandha, Lisdawaty, Esma Danial, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Sheila Rusly dan Wani Kayrie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

gempak
11/09/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok Fify Azmi memperlihatkan momen-momen romantik aktres itu dengan aktor Niezam Zaidi menarik perhatian netizen.
Hiburan

Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”

gempak
30/05/2024
05:55 MYT
Pelakon, Fify Azmi memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak lagi mengikuti aktor, Syazwan Zulkifly di media sosial walaupun pernah berkawan rapat.
Laman Utama

Hasrat Nafiez Zaidi Nak Peristerikan Fify Azmi Tidak Kesampaian - “Dah Cuba Pertahankan Tapi Dia Berkeras Untuk berpisah”

gempak
08/08/2023
23:50 MYT
Tiada jodoh...
Laman Utama

[VIDEO] Teruja Pertama Kali Pakai Inai, Netizen Ingat Fify Azmi Dah Bertunang Dengan Nafiez Tapi Rupa-Rupanya…

gempak
25/10/2022
00:55 MYT
Tak sabar nak tunggu hari bahagia Fify & Nafiez!
Laman Utama

“Saya Memang Tomboy, Suka Aktiviti Lasak” - Cik Manggis Kini Main SurfSkate, Pulihkan Stamina Lepas Dijangkiti COVID-19

gempak
17/09/2022
08:39 MYT
Fuh! Cayalah Cik Manggis! Cool habis!