,
Laman Utama

Lagu Nyanyian Anak Datuk Nora Ariffin Terima Anugerah The Malaysia Book Of Records, Jungkook BTS Pun Suka Tau!

Mya Amri
09/07/2023
05:50 MYT
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Putri menerusi hantaran terbahari di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Menurut Putri, lagu tersebut menerima anugerah bagi kategori The Most Streams Of A Spotify Song.
“Inilah saatnya… Alhamdulillah, hari ini 7 Julai 2023, Old Love menjadi lagu spotify yang paling banyak distrim di Malaysia dan kami mendapat anugerah dalam The Malaysia Book Of Records.
“Ketika lagu ini dihasilkan, Yuji berusia 19 tahun dan saya berumur 18 tahun. Hanya dua orang remaja yang mempunyai impian dan menyukai muzik.
“Tidak pernah menyangka saya akan mencapai apa-apa seperti ini, maaf saya agak emosi tetapi ini sangat besar untuk saya, terima kasih atas sokongan anda semua,” coretnya.
Dalam pada itu, Putri juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berputus asa memberika sokongan kepadanya.
“Malaysia’s Record of Most Streams, segalanya terima kasih kepada anda semua yang menyukai lagu tersebut.
“Harap lagu ini telah mengubah hidup, membuat sebahagian daripada anda jatuh cinta. Kami berasa gembira dapat membuat lagu untuk semua orang.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada @yujikyunn untuk membuat kerjasama ini berlaku setahun yang lalu,” tulisnya.
Terdahulu, Putri yang juga merupakan anak kepada penyanyi, Datuk Nora Arffin pernah meluahkan rasa teruja apabila lagunya didengar oleh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS Jungkook sekitar Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.