,
Laman Utama

Lagu Kegemaran Raisa Di Bangku Sekolah Dirakam Balik Bersama Ahmad Dhani - "Saya Sangat Gembira!"

Amri Hassan
16/06/2023
12:30 MYT
Membuka kolaborasi pertama #GeminiGenk pada konsert 51 tahun Kerajaan Cinta Ahmad Dhani, JUNI Records melancarkan "Biar Menjadi Kenangan" di semua platform penstriman digital.
Lagu "Biar Menjadi Kenangan" yang ditulis oleh Ahmad Dhani ini dinyanyikan oleh Reza Artamevia dalam album "Keabadian" (2000).
Dalam versi asal, Reza Artamevia berduet dengan Masaki Ueda (Jepun). Lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran Raisa sejak zaman sekolah dan baru-baru ini dia mengetahui bahawa lagu ini dicipta oleh pemuzik terkenal, Ahmad Dhani Prasetyo.
"Kerana ini adalah lagu kegemaranku dan ketika Mas Dhani mengajak berduet untuk konsertnya, saya sangat gembira dapat menyanyikan lagu ini," ungkap Raisa.
Proses penghasilan single ini dilakukan sebulan sebelum konsert berlangsung. Dirakam oleh Raisa dan Ahmad Dhani di studio Ahmad Dhani dengan Barsena sebagai pengarah vokal.
Untuk muzik, ia dihasilkan oleh S/EEK, sebuah kumpulan pengeluar yang membantu mewujudkan kolaborasi #GeminiGenk sebagai pengeluar.
"Saya menunggu waktu yang tepat untuk merilis duet ini. Perbualannya agak panjang antara saya, Mas Dhani, dan Raisa. Kami ada group WhatsApp yang hampir bubar kerana projek ini tidak dianggap serius," kata Adryanto Pratono, CEO JUNI Records.
Beliau meneruskan, "Setelah kesibukan Raisa dengan konsert di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan Mas Dhani yang aktif berkonser dengan Dewa19 ke sana ke mari, rasa-rasanya ini adalah saatnya. Menurut saya, ini luar biasa diluar jangkaan, menyatukan Raisa dengan Ahmad Dhani secara langsung."
Sementara itu, pihak label Raisa, JUNI Records, menganggap projek ini seru dan berbeza dari kolaborasi lain. Adryanto Pratono, CEO JUNI Records, merasakan kolaborasi ini serasi walaupun melibatkan lintas generasi.
"Mas Dhani dan Raisa sama-sama meneroka. Khususnya dalam mencari jalan tengah untuk rentang vokal mereka berdua," tutupnya.
Single Biar Menjadi Kenangan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 8 jun 2023, lirik muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Raisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.