gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mahu Jadi Muslimah Lebih Baik, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon & Tatu - “Bengkak Muka Macam Ikan Kembung Tapi Saya…”
HIBURAN
Kamal Adli Mahu Berehat Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Rancang Bawa Keluarga Bercuti – “Saya Mahu Beri Fokus Pada Hawra & Uqasha”
BERITA
Hantar Orang Dewasa Bermasalah Ke Kem Tentera
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Lagu Hatiku Milikmu Kembali Tular Di TikTok, Ramai Yang Mencari Nera AF9 - “Lagu Galau Paling Deep Dulu”

gempak
Khairil Khusyairi
16/05/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Lagu Hatiku Milikmu Kembali Tular Di TikTok, Ramai Yang Mencari Nera AF9 - “Lagu Galau Paling Deep Dulu”
Tular di media sosial kini sebuah perkongsian yang memaparkan pengguna TikTok menggunakan lagu berjudul Hatiku Milikmu nyanyian penyanyi, Nera.
Menerusi perkongsian pendek itu, pengguna TikTok tersebut memuat naik sebuah rakaman video memaparkan dirinya di dalam kereta.

Lagu Galau Paling Deep

Pengguna tersebut turut menyanyikan lagu nyanyian Nera itu dan menyifatkan lagu hits yang yang pernah meledak dahulu sangat menyentuh hati.

“Lagu galau paling deep dulu,” tulis perkongsian tersebut.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian tersebut menulis ‘Kemana Nera AF Menghilang Sekarang?’

Netizen Cari Nera

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen mengimbau semula kenangan apabila mendengar lagu tersebut suatu ketika dahulu.

“Nera ni walaupun tersingkir tapi lagu dia yang paling top dulu dia antara finalis yang lain and sampai sekarang orang still sebut,” komen netizen.

“Galau teruk wei dengar lagu ni ulang-ulang kat samsung corby,” komen netizen lain.

“Lagu ni masa aku umur 10 tahun, sekarang aku dah 26 tahun weh, kalau dengar lagu ni teringat masa duk bermain petang dengan kawan,” tulis netizen.

“Dengar lagu ni boleh nangis dari pagi sampai ke malam,” komen netizen.
“Dulu duk melalak lagu ni kat sekolah rendah,” komen netizen lagi.
Dalam pada itu, ada juga netizen memaklumkan bahawa Nera atau nama sebenar, Queennera Francine Francis itu kini bekerja sebagai penyampai radio di sebuah stesen di Sabah.

“Nera sekarang dekat Kota Kinabalu. Dia jadi radio announcer dekat Kupikupi FM Sabah. Kalau datang KK boleh la tune Radio 96.3fm. Slot nera jam 1100-1300,” kongsi seorang netizen.

Untuk info, Nera pernah menyertai program Akademi Fantasia 9 (AF9) pada 2011 dan tersingkir pada minggu ketujuh.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Netizen
#Lagu
#Hatiku Milikmu
#TikTok
#Galau
#Nera AF9
Must-Watch Video