Laman Utama
Lagenda Bola Sepak Brazil, Pele Meninggal Dunia
Legenda bola sepak Brazil dan pemain terhebat dunia, Pele telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Albert Einstein, Sao Paolo pada usia 82 tahun.
Berita itu disahkan sendiri oleh anaknya, Kely Nascimento menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada pagi Jumaat.
“Kami amat menyayangi anda selamanya. Berehatlah dengan tenang,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen posting tersebut juga dihujani dengan ucapan takziah daripada peminat bola sepak seluruh dunia.
Terdahulu, Pele telah menerima rawatan tetap daripada doktor sejak menjalani pembedahan kanser kolon pada September 2021.
Namun dimasukkan semula ke hospital menjelang akhir tahun 2022 dan keadaan kesihatannya juga tidak bertambah baik.
Untuk info, Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik dalam sejarah.
Pele juga adalah satu-satunya pemain yang berjaya merangkul tiga kejuaraan Piala Dunia FIFA bersama pasukan kebangsaan Brazil pada 1958, 1962, dan 1970.
Beliau juga merupakan penjaring terbanyak Brazil, dengan 77 gol bagi 92 perlawanan untuk negaranya.
Must-Watch Video