HIBURAN
Lady Gaga Kembali Ke Singapura Selepas 13 Tahun! Satu-Satunya Destinasi Rantau Asia Untuk Konsert MAYHEM
Selepas penyanyi, Taylor Swift kini giliran diva pop Lady Gaga pula mengikat perjanjian bersama Singapura untuk tidak menganjurkan konsert jelajah dunia di mana-mana negara Asia Tenggara selain republik itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 39 mengumumkan bakal mengadakan konsert mega di Stadium Nasional Singapura selama empat hari secara eksklusif.
“MAYHEM Singapura! Singapore National Stadiuam 18, 19, 21 dan 24 Mei,” tulis Gaga diruangan kapsyen.
Kali terakhir Lady Gaga mengadakan konsert di Singapura ialah pada 2012 menerusi Born This Way Ball Tour, di mana dia mengadakan tiga persembahan di Stadium Tertutup Singapura.
Album yang mengandungi 14 buah lagu itu kembali kepada gaya dark-pop yang menjadi identitinya pada awal kerjayanya.
Sebelum album penuh itu dikeluarkan, Lady Gaga telah melancarkan tiga buah single iaitu Disease, Abracadabra dan Die With A Smile duet bersama Bruno Mars.
Selain Taylor Swift, tahun lalu Singapura juga telah menjadi tuan rumah kepada beberapa artis antarabangsa terkenal antaranya Coldplay, Ed Sheeran, dan Bruno Mars.
Must-Watch Video