,
Hiburan

Labur Hantar Anak Ke Sepanyol, Nash Tak Peduli Tanggapan Orang Ramai

Kamaruddin Razal
22/06/2020
13:06 MYT
"Kalau ada wang tetapi tiada bakat pun tidak akan menjadi."
Itu kata-kata Nasharudin Elias, penyanyi terkenal negara dan juga bapa kepada pemain muda kebangsaan, Aniq Asri, mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaburan membawa anaknya ke Sepanyol sebagai satu usaha sia-sia.
Memetik laporan Stadium Astro, graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Aniq, dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan sinar cerah buat perkembangan bola sepak negara.
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap ia satu pelaburan kosong tetapi Nasharudin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Nash menegaskan bakat dan kebolehan dimiliki anaknya menjadi tunjang kepada pemilihan ke kelab berkenaan.
"Apabila menginginkan sesuatu, pelaburan sememangnya diperlukan tetapi ia menjadi perkara kedua. Kami bukan berniaga.
"Apa yang penting, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukan. Kami hanya berikan galakan untuk dia berbakti kepada negara," katanya.
"Harapan saya, pemain muda dalam negara kita perlu diberikan galakan khususnya mereka yang meraih peluang."
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rakan Artis Sayu Kongsi Kisah Kenangan Bersama Arwah Jay Jay

gempak
05/08/2024
12:20 MYT
Momen sedih buat pengikut industri muzik tanah air selepas dikejutkan dengan berita pemergian pelantun lagu Rindu Bayangan, Jay Jay pada 4 Ogos di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Hiburan

Nash Sebak Imbau Kenangan ‘Dimarahi’ Jay Jay - “Saya Kena Marah Dengan Dia Sebab…”

gempak
05/08/2024
06:45 MYT
Penyanyi Nash tidak dapat menahan air matanya apabila menceritakan semula momen ‘dimarahi’ Jay Jay kerana tidak dapat menghayati lagu ciptaan arwah pada ketika itu iaitu, Pada Syurga Di Wajah Mu.
Laman Utama

Memperingati Peristiwa Nakba, Nash Mohon Radio Putarkan Semula Lagu Ya Maulana!

gempak
11/11/2023
07:30 MYT
Ya Maulana pernah dinyanyikan Lefthanded.
Laman Utama

[VIDEO] Nash Nafi Sedang Kritikal, Berita Palsu Buat Keluarga Risau; “Ada Yang Menangis Teresak Esak Bila…”

gempak
05/12/2022
22:00 MYT
Kesian Datuk Nash...
Laman Utama

Nash Kongsi Detik Cemas Badan Tiba-Tiba Cramp & Kaki Tak Boleh Gerak - “Sakitnya Allah Sahaja Yang Tahu…”

gempak
05/12/2022
06:25 MYT
Semoga Nash cepat sembuh...