,
Laman Utama

Kunto Aji Live In KL 2023: Candu & Terapi Tanpa Khidmat Profesional Yang Berkesan

Maliah Surip
06/08/2023
14:50 MYT
Pada pertemuan dengan media beberapa jam sebelum siri konsert Nusafest Presents Kunto Aji Live In KL 2003 di Zepp KL, sang komposer, pemuzik dan penyanyi itu berulang kali menyatakan karya-karyanya bukan ubat.
“Saya tak bilang muzik saya boleh mengubati semua orang, muzik saya bukan ubat, saya yakin jika ada banyak masalah perlu pergi ke profesional,” katanya meminta pengertian.
Kunto Aji, 36, tidak mahu jika konotasi karya-karyanya sebagai terapi atau healing boleh memberi pengertian yang berbeza sehingga barangkali boleh menimbulkan fahaman bahaya mendengarkan lagu Kunto Aji, seseorang boleh sihat atau masalah gangguan kesihatan mental membaik.
Itu yang penyanyi dengan rambut ikal dan sering menyambut sesiapa pun dengan ‘salam hangat’ tekankan.
Tapi apa yang Kunto Aji barangkali tidak tahu adalah karya-karyanya adalah candu yang bukan bersifat klinikal. Ia tidak datang dalam bentuk tablet mahupun cecair tetapi lagu-lagunya membuat perasaan dan minda bergerak kepada satu suasana aman, damai, nyaman dan menyenangkan - meski mendengarkannya selalu membuat ada air mata mengalir diam-diam.
Tanyalah kepada semua penggemar karya Kunto Aji. Menerusi dua albumnya, Generation Y dan Mantra Mantra, kesemua lagu-lagunya adalah candu perasaan - walaupun dia menekankan karyanya bukan ubat.
Jika tidak masakan pada konsert anjuran Shiraz Projects yang berlangsung sekitar 90 minit, lebih 2,000 penggemar yang hadir begitu terpesona lalu masuk dalam dunia dan karya ciptaan Kunto Aji.
Seawal persembahan yang dibuka dengan Sulung, perasaan penggemar sudah seperti ‘gentayangan’ - antara mahu berpesta atau berdiri menikmati dengan penuh perasaan yang bergelora.
‘Gentayangan’ mahu berpesta kerana persembahan visual yang dimainkan sangat menangkap mata. Kunto Aji dan timnya sangat memahami bahawa sesebuah persembahan memerlukan kreativiti yang baik supaya penggemar kecanduan untuk menonton ‘penceritaan’ mereka.
‘Gentayangan’ mahu melayan perasaan pula adalah kerana lirik dalam karya-karyanya yang terlalu ‘jahat’ tetapi menggoda.
Sekadar mengambil contoh, bait kata yang diikat menjadi lirik dalam lagu-lagu seperti Terlalu Lama Sendiri, Mercusuar, Rancang Rencana dan Amatiran mengusik perasaan dalam nuansa yang beragam; suka, duka, teruja, pasrah, pujukan, pujian - ah, semuanya ada.
Dan begitu juga saat Saudade misalnya dilantunkan, ia dirayakan dengan penuh bahagia oleh penggemar yang tiba-tiba seperti menjadi sebuah pasukan menyambut permintaan dan menerima arahan Kunto Aji yang terkenal dengan panggilan Mas Kun untuk sama menyanyi.
Saat Pilu Membiru dan Rehat dipersembahkan, sekali lagi penyanyi ini membawa kapalnya yang dipenuhi beragam perasaan untuk menemukan kebaikan pada hujungnya dengan cermat tetapi mengujakan.
Ekspektasi dengan melodi dan lantunan bait ke bait liriknya yang jelas membuat sesiapapun tidak akan mampu bertahan untuk hanya berdiam diri. Lagu ini terlalu kuat ‘sihirnya’.
Sebelum Akhir Bulan, Selaras, Jakarta-Jakarta dan Suara Gema misalnya menggamit momen tersendiri sama seperti saat Kunto Aji mendendangkan lagu khas yang dibikin buat allahyarham bapanya, Salam Pada Rindu
Konon Katanya dipilih sebagai penutup konsert pada malam itu.
Meski konsert diakhirnya namun Kunto Aji yang hadir ke Malaysia buat kali kedua membawa sama khabar gembira.
Dia mengumumkan album baharu yang juga ketiga akan dirilis September depan dengan filosofi tentang kedewasaan.
“Menilik Benih akan menjadi album ketiga saya September nanti. Ada sembilan lagu seperti sebelumnya. Ditunggu ya,” kata Kunto Aji.
Dan mengingat betapa lima tahun ini Kunto Aji mampu berhidup dan terus melakukan persembahan demi persembahan dengan hanya ‘menjual’ keajaiban yang ada dalam Mantra Mantra adalah sesuatu yang sangat hebat.
Ia memberi indikasi apabila seseorang pelaku seni mempunyai sebuah karya yang mengesankan, memutar atau menonton berjuta tidak akan pernah melelahkan.
Terima kasih Kunto Aji - sang sedatif hati dan perasaan yang cukup menenangkan.
BACA: Konsert Perdana Ogos Ini Di Malaysia, Kunto Aji: “Siarkan Khabarnya”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kunto Aji Rawat Rindu, Bertemu Peminat Di Zepp KL Ogos Depan!

gempak
17/06/2023
14:48 MYT
Bakal beraksi 4 Ogos ini
Laman Utama

1,000 Tiket Terjual, Nusafest Target 20 Ribu Orang Tonton Fourtwnty, Jemson, Bunkface, Kunto Aji, Hindia & Ramai Lagi

gempak
08/12/2022
10:45 MYT
Festival Nusafest yang sepatutnya berlangsung pada 2020 lalu namun tertunda lantaran pandemik COVID 19 akan kembali pada 2023.
Laman Utama

Malam Yang Penuh Emosi, Ini 10 Perkara Kami Suka Tentang Konsert Kunto Aji

gempak
20/08/2022
05:50 MYT
Seribu kenangan manis tercipta, terima kasih Kunto Aji
Laman Utama

Konsert Perdana Ogos Ini Di Malaysia, Kunto Aji: “Siarkan Khabarnya”

gempak
27/07/2022
10:50 MYT
Penyanyi yang begitu mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminatnya, Kunto Aji akhirnya bakal masuk ke Malaysia.
Musik

Sukses Gelar Konser Tunggal Mantra Mantra Live++, Kunto Aji Rencana Tur Indonesia

gempak
20/12/2019
02:47 MYT