Laman Utama
Kumpulan Hak Asasi Indonesia Kecam Polis Kerana Tahan Millen Cyrus Di Penjara Lelaki!
Kumpulan hak asasi Indonesia mengecam polis kerana menempatkan personaliti media sosial, Millen Cyrus, di penjara lelaki.
Kumpulan tersebut menyatakan penahanan pondan di penjara dengan seorang lelaki merupakan satu diskriminasi.
Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata Millen ditahan di sel lelaki kerana statusnya seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan.
"Bagaimanapun, mengambil kira keadaan itu, (pihak berkuasa) menempatkannya di penjara khas sahaja,” katanya.
Sementara itu di media sosial, kumpulan hak asasi mengatakan isu ini menyerlahkan cabaran yang dihadapi oleh pondan Indonesia.
Mereka turut mengungkit cerita dua tahun lalu ketika polis di provinsi konservatif Aceh secara terbuka memalukan berpuluh wanita pondan dengan memotong rambut mereka secara paksa.
Pondan-pondan tersebut juga telah dipakasa memakai pakaian lelaki dan bercakap dengan suara maskulin.
"Kami menuntut agar polis menghormati hak-hak suspek semasa penyiasatan dengan perspektif non-diskriminasi dan non-transphobik.
"Polis mendiskriminasikan identiti jantina dengan menempatkan (Cyrus) di penjara tahanan lelaki,” kata Arus Pelangi di Jaringan Transgender Indonesia.
Institut Pembaharuan Keadilan Jenayah (ICJR) mengatakan pihak berkuasa perlu melakukan tugas yang lebih baik untuk menghormati pondan.
"Pihak berkuasa seharusnya dapat melihat keadaan seorang suspek.
"Sekiranya mereka keliru mengenai tempat untuk meletakkan (Cyrus), mereka seharusnya membabitkan ahli psikologi atau pekerja sosial yang dapat menilai keperluannya,” kata penyelidik ICJR, Maidina Rahmawati.
Hujung minggu lalu, personaliti media sosial, Millen Cyrus, 21, yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, ditahan bersama rakan lelaki atas tuduhan memiliki dadah di ibu kota Jakarta.
Media tempatan melaporkan, sebelum ini Cyrus berharap akan dipindahkan dari penjara induk lelaki.
Sejak itu, pihak berkuasa menempatkannya di sel bersendirian. Namun, mereka mempertahankan keputusan awal dengan menunjukkan kad pengenalan suspek yang mengatakan Cyrus adalah lelaki.
Must-Watch Video