,
Laman Utama

Kumpulan Arteh Tak Mahu Dibayangi Populariti Mr. Os

Asraf Aided
25/11/2021
02:40 MYT
Dua anak kepada pelawak, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau Mr. Os, kumpulan Arteh tidak mahu dibayangi oleh populariti bapa mereka dalam program yang disertai iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.
Menurut Hafizul, 25, dia dan abangnya, Hazwan, 30, risau orang ramai meletakkan jangkaan tinggi terhadap persembahan mereka dalam program berkenaan.
"Kami kalau boleh tak mahu dikenali sebagai anak Mr. Os, bukan apa, kami risau orang meletakkan jangkaan tinggi kepada kami.
"Bukan apa, kalau kami buat silap, bimbang akan dikritik, begitu juga kalau kami berjaya dengan persembahan yang bagus, orang tetap akan berkata-kata dan kaitkan dengan arwah ayah kami.
"Perkara yang kami paling takut adalah jika orang label kami menumpang nama arwah ayah.
"Kami hanya meneruskan legasi beliau sahaja, apa yang pasti, kami akan persembahkan sesuatu yang berbeza," katanya.
Hafizul berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran program Mencari Sepahtu Yang Hilang di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara abangnya Hazewan menegaskan, mereka terpilih menyertai program berkenaan bukan disebabkan nama arwah bapa mereka.
"Kami berjaya masuk program ini bukan disebabkan nama arwah ayah, ketika hantar video ujibakat pertama, kami tak sebut pun nama arwah.
"Pada peringkat seterusnya dan ketika ditemubual secara maya oleh anggota Sepahtu, waktu itulah baru Pak Ya perasan yang kami anak kepada Mr. Os.
"Ketika arwah masih hidup, kami pernah berjumpa Pak Ya, tapi kami terpilih bukanlah sebab Pak Ya kenal kami," tambah Hazwan pula.
Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk Sepahtu mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka.
Mencari Sepahtu Yang Hilang yang juga bertindak sebagai sebuah program pencarian bakat komedi baharu terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Terdahulu, pihak produksi telah memulakan usaha pencarian bakat-bakat baharu dengan menerima penyertaan secara atas talian dari 1 Jun hingga 31 Ogos lalu.
Hampir 1,000 penyertaan solo dan berkumpulan (tidak melebihi tiga orang untuk setiap kumpulan) telah diterima menerusi platform rasmi, Astro Gempak.
Penyertaan tersebut kemudian dipilih dan diadili oleh kumpulan Sepahtu sendiri bersama barisan produksi, yang mana dari jumlah tersebut, 30 kumpulan telah disenarai pendek dan dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat secara fizikal di Kuala Lumpur.
Seramai 12 kumpulan peserta dari penyertaan solo, duo dan trio kemudiannya telah dipilih untuk menyertai program terbaharu terbitan Astro Warna, Mencari Sepahtu Yang Hilang ini. Mereka adalah Yusra (solo), Muslim (solo), Arteh, Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).
Ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pak Ya akan menggalas tanggungjawab sebagai juri untuk program ini.
Pembahagian markah 100 peratus terdiri dari tiga (3) kategori utama; Idea (35%), Kreativiti (35%) dan Jalan Penceritaan (30%). Penyingkiran mingguan akan dibuat ke atas kumpulan yang mendapat markah terendah.
Juara akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM30,000 beserta trofi, manakala Naib Juara bakal membawa pulang RM15,000 beserta trofi. Tempat ketiga pula memenangi RM9,000, keempat sebanyak RM6,000 dan kelima dengan RM3,000, kesemuanya beserta trofi sumbangan Astro.
Menariknya lagi, Sepahtu juga akan memilih pemenang solo dari barisan finalis ini kelak dan mengumumkan individu tersebut sebagai ahli terbaharu kumpulan Sepahtu! Pemilihan akan dibuat menerusi skil lawak individu tersebut, tahap pencapaian dan persembahan mingguan beliau, idea dan kreativiti serta faktor-faktor sampingan lain.
Ini merupakan misi utama penerbitan program Mencari Sepahtu Yang Hilang iaitu untuk mencungkil bakat baharu yang memiliki pendekatan lebih segar dan kontemporari, mampu mewarnai dan menjadi pelapis pentas lawak tanah air, pada masa sama menjadi edisi terkini kumpulan Sepahtu, seterusnya melengkapkan ‘keluarga komedi’ kesayangan rakyat Malaysia ini!
Mencari Sepahtu Yang Hilang akan bersiaran selama lapan (8) minggu dan bakal menemui peminat pada setiap hari Khamis mulai 2 Disember 2021, 9.00 malam, secara langsung menerusi saluran komedi, Astro Warna, saluran 107.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia juga boleh distrim menerusi platform Astro GO dan On Demand.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar